Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Kereta Rasmi Baharu PM: Misteri BMW 7 Series Protection Versi Kalis Peluru Dinaiki PM Terjawab

Suhana Veru

Kongsi melalui
image.png

Sejak semalam, kenderaan yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba menjadi tumpuan hangat warganet. Ini susulan dakwaan sebuah portal automotif bahawa model BMW 7 Series Protection yang sarat dengan spesifikasi keselamatan tinggi itu  merupakan kenderaan rasmi baharu PM.

image.png

Merujuk kepada dakwaan berhubung penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) menjelaskan bahawa kenderaan tersebut adalah aset sedia ada milik BIUPA dan bukan kenderaan rasmi baharu YAB Perdana Menteri.

snip.png

"Kenderaan berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, khususnya untuk kegunaan Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri sempena lawatan rasmi ke Malaysia, selaras dengan keperluan protokol dan keselamatan antarabangsa.

"Bagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan yang sama itu turut menyebut bahawa kenderaan itu dipilih untuk digunakan secara sementara oleh YAB Perdana Menteri atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kenderaan rasmi YAB Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan.

Sebagai makluman, BMW 7 Series Protection itu disumbat dengan  enjin V8 S68 4.4 liter turbo berkembar yang dibantu oleh sistem hybrid ringkas 48-volt. Untuk itu, jentera berkenaan mampu menghamburkan kuasa setakat  530 PS dan tork maksima 750 Nm, di mana kuasa tersebut dialirkan ke kesemua roda menerusi sistem pacuan semua roda xDrive.

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 210 km/j.





Gallery

Tag:

BMW 7 Series Protection
Anwar Ibrahim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

09-08-2023
Berita Auto

28-03-2025
Berita Auto

21-01-2023
Berita Auto

29-11-2022
Berita Auto

24-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026