Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

30 Anak Muda Tertarik Jadi Penolong Pemandu Lokomotif

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seramai 30 anak muda Malaysia sanggup meninggalkan kerjaya lama demi mencari cabaran baharu sebagai penolong pemandu lokomotif sekali gus menjadi tenaga mahir tempatan pertama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Antara mereka ialah Steven Liu, 28; V. Paarthibann, 29, dan Mohamad Zulfaqar Mohamad Forzan, 35, yang mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di Liuzhou Railway Vocational Technical College di China selama tiga minggu pada November tahu lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak dalam kenyataan berkata, penolong pemandu lokomotif itu akan mendapat latihan praktikal mengendalikan lokomotif elektrik (e-Loco) canggih ECRL yang dijadualkan beroperasi secara komersial bermula Januari 2027 bagi tujuan pengangkutan kargo sepanjang jajaran ECRL.

"Latihan penolong pemandu lokomotif ini adalah sebahagian daripada inisiatif PLKI-ECRL untuk memperkukuh komitmen projek ECRL dalam melahirkan bakat rel tempatan dengan menyediakan kumpulan tenaga kerja berkemahiran yang bersedia seiring kemajuan projek menuju operasi penuh," katanya.

Semua penolong pemandu lokomotif itu akan berpeluang untuk terus maju dalam kerjaya mereka sebagai pemandu lokomotif sepenuhnya dan pemandu tren Electric Multiple Unit (EMU) yang akan membawa penumpang dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Untuk makluman, sebanyak  12 unit e-Loco dan 11 set tren EMU enam gerabak diperoleh untuk perkhidmatan kargo dan penumpang ECRL masing-masing.

Dua unit pertama e-Loco serta dua set pertama tren EMU enam gerabak dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini,.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!

Kerajaan bercadang melaksanakan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dengan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari depan.

12-10-2025
Berita Auto
Lupuskan Kereta Lama Melebihi 20 Tahun, Pemilik Terima Geran Padanan RM4,000

Lupuskan Kereta Lama Melebihi 20 Tahun, Pemilik Terima Geran Padanan RM4,000

Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan lama melebihi 20 tahun.

11-10-2025
Berita Auto
Deepavali: Diskaun Tol 50% Bermula 17-18 Okt Ini

Deepavali: Diskaun Tol 50% Bermula 17-18 Okt Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun tol 50% sempena sambutan Deepavali bermula pada jam 12.01 tengah malam, 18 Oktober ini.

10-10-2025
Berita Auto
Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.

10-10-2025
Berita Auto
30 Anak Muda Tertarik Jadi Penolong Pemandu Lokomotif

30 Anak Muda Tertarik Jadi Penolong Pemandu Lokomotif

Seramai 30 anak muda Malaysia sanggup meninggalkan kerjaya lama demi mencari cabaran baharu sebagai penolong pemandu lokomotif sekali gus menjadi tenaga mahir tempatan pertama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

10-10-2025
Berita Auto
17 Bas Kilang Disita Atas Pelbagai Kesalahan

17 Bas Kilang Disita Atas Pelbagai Kesalahan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebanyak 17 bas kilang dan mengeluarkan 186 notis kesalahan pelbagai jenis menerusi pelaksanaan Ops Khas Gempur Perdagangan, sekitar Shah Alam dan Meru, semalam.

10-10-2025
Berita Auto
Tular: Pemandu Lori Kelapa Sawit Cuba Larikan Diri Daripada Polis

Tular: Pemandu Lori Kelapa Sawit Cuba Larikan Diri Daripada Polis

Seorang pemandu lori membawa muatan buah kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan yang enggan berhenti untuk pemeriksaan sebuah kereta peronda polis berjaya ditahan semalam.

10-10-2025
Berita Auto
Deepavali: 2.1 Juta Lebuhraya Utama Bermula 17-22 Okt

Deepavali: 2.1 Juta Lebuhraya Utama Bermula 17-22 Okt

Kira-kira 2.1 juta kenderaan dianggarkan akan bergerak menuju pelbagai destinasi pada cuti perayaan Deepavali ini dalam tempoh 17 hingga 22 Oktober ini.

09-10-2025