Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Nak Jadi? Pemandu Kereta Paling Banyak Kena Saman, "Sapu Bersih" 13,365 Saman!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Untitled-design---2025-10-07T104702.782.jpg

Percaya atau tidak, hampir 17,000 saman dikeluarkan kepada pengguna lalu lintas dan pejalan kaki di sekitar ibu negara, sepanjang Operasi Patuh Undang-Undang (OP PUU) sejak 1 Oktober lalu.

Lebih malang, pemandu kereta direkodkan sebagai kategori paling ramai diberikan saman sebanyak 13,365 saman disusuli dengan penunggang motosikal dengan jumlah 2,813 saman.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. Menurutnya operasi itu dilaksanakan selepas pihaknya memberikan tempoh masa bermula dari 6 September hingga 30 September lalu dalam konteks advokasi (Advokasi OP PUU) atau peringatan kepada pengguna lalu-lintas sebelum diberikan tindakan saman bermula Rabu minggu lalu.

image.png

"Masyarakat perlu sedar dan mengubah sikap mementingkan diri ketika berada di atas jalan raya dengan mematuhi undang-undang lalu-lintas

"Selepas kita memberikan peringatan dan nasihat sebelum ini, kini tiada lagi toleransi untuk mereka yang masih berdegil," katanya dalam kenyataan.

Selain pemandu kereta dan penunggang motosikal, 200 saman dikeluarkan kepada pemandu van dan kenderaan pikap, pemandu lori (141), bas (6), teksi (62) dan pejalan kaki (381).

Kesalahan paling banyak dikesan adalah halangan lalu-lintas iaitu sebanyak 11,720 saman, mengabaikan isyarat lalu-lintas (2,036), tiada/tamat tempoh lesen memandu (702), lain-lain kesalahan (568), tiada/tamat tempoh LKM (489), tidak ikut jejantas/lintasan pejalan kaki (381).

Kesalahan lain adalah menggunakan nombor pendaftaran kotor/kabur/fency (mengelirukan), tidak ikut peraturan (374), tidak berhenti di lampu isyarat (148), tidak memakai topi keledar/tidak kemas (135), ubahsuai kenderaan (80), berhenti melebihi garisan putih (75), guna telefon bimbit semasa memandu (70), tidak pakai tali pinggang keledar (93), berhenti di petak kuning (95) dan memotong barisan atau garisan berkembar (2).

Gallery

Tag:

Polis KL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah Bagi Yang Dah Bayar Saman, Polis KL Kutip Saman RM7.2 Juta

Tahniah bagi mereka yang berjaya membayar saman Polis Diraja Malaysia sempena pemberian diskaun saman polis sebanyak 70% yang akan berakhir hari ini.

30-12-2025
Berita Auto

Lebih 33,000 Pengguna Jalan Raya KL Disaman Dalam Tempoh 11 Hari

Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sejumlah 33,362 saman dalam tempoh 11 hari.

15-06-2024
Berita Auto

Hati-Hati Pengguna Jalan Raya KL, Polis Jalan Operasi Hormat Undang-Undang Bermula Hari Ini

Polis Kuala Lumpur telah mengumumkan pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang (Op HUU) bermula hari ini, 4 Jun sehingga 15 Jun depan.

04-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026