- Berita
- Berita Auto
- SUV Tidak Boleh Didaftar Sebagi e-Hailing, Ini Kata Menteri Pengangkutan
SUV Tidak Boleh Didaftar Sebagi e-Hailing, Ini Kata Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan kenderaan utiliti sukan (SUV) tidak boleh didaftarkan sebagai e-hailing.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, tiada sebarang perubahan dasar dibuat berkaitan kelayakan jenis kenderaan untuk digunakan dalam perkhidmatan e-hailing.
"Semua kenderaan yang memenuhi syarat teknikal serta mempunyai kapasiti tempat duduk antara empat hingga 11 orang adalah layak untuk dipertimbangkan bagi pelesenan e-hailing (EHO).
"Untuk makluman, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mengehadkan penggunaan kenderaan jenis SUV bagi tujuan pendaftaran e-hailing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ketua Aktivis Gabungan E-hailing Malaysia (GEM), Masrizal Mahidin, dilaporkan berkata, pengecualian SUV sebagai kenderaan yang diluluskan dalam pelesenan e-hailing menimbulkan kebimbangan lebih 10,000 pemandu akan nasib sumber pendapatan mereka.
Beliau berkata, pemandu SUV kini berdepan dengan masalah bagi mengemas kini permit e-hailing masing-masing.
"Kementerian beri jaminan bahawa urusan pendaftaran kenderaan akan diteruskan seperti biasa mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada," katanya.
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/