Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Semua Mampu Beli Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Kembalikan Subsidi – Syahredzan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

child_car_seat_istock-(1).png


Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan semula dan memperkenalkan kembali program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) pada tahun hadapan, namun dengan pendekatan yang lebih bersasar dan mampan. 


Gesaan tersebut disuarakan oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (PH-Bangi), kerana program insentif tersebut tidak dilaksanakan pada tahun ini dan tahap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan masih kurang memuaskan, terutamanya disebabkan oleh faktor kos yang tinggi.


Syahredzan memaklumkan semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat bahawa kadar penggunaan CRS dalam kalangan ibu bapa masih rendah walaupun telah diwajibkan sejak 2020. 


Harga Tidak Mampu Milik Untuk Golongan B40


Kerusi CRS paling asas di pasaran bermula sekitar RM200, menjadikannya beban kewangan kepada ramai ibu bapa. Beliau mengingatkan bahawa kerajaan sebelum ini pernah menawarkan inisiatif subsidi MyCRS berupa potongan harga 50% atau maksimum RM150 bagi pembelian CRS, khusus untuk golongan B40 bagi menggalakkan pemilikan.


Bagi memastikan program MyCRS dapat dilaksanakan secara mampan, wakil rakyat itu mencadangkan Kementerian Pengangkutan menggunakan pendapatan tambahan daripada penjualan nombor pendaftaran istimewa sebagai sumber pembiayaan. 


Selain itu, beliau turut menggesa Kerajaan mempertimbangkan pemberian pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian CRS untuk menggalakkan penggunaan yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat. Beliau juga mencadangkan agar kementerian menggerakkan kempen kesedaran secara besar-besaran serentak dengan pelaksanaan subsidi.


434 Kematian Kanak-Kanak Setahun


download---2025-10-23T112704.699.jpeg


Gesaan ini disokong oleh data yang membimbangkan. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) sebelum ini menyeru ibu bapa untuk menggunakan CRS ekoran kemalangan maut yang mengorbankan seorang bayi di Plaza Tol Bukit Kajang baru-baru ini. 


Menurut statistik polis yang dipetik MIROS, antara 2014 hingga 2023, purata 434 kematian kanak-kanak telah direkodkan akibat kemalangan jalan raya setiap tahun. Kajian MIROS pada 2022 turut mendapati hanya 30% ibu bapa menggunakan CRS ketika membawa anak kecil dalam kenderaan mereka.



Tag:

CRS
MyCRS
Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penguatkuasaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Masih Dikaji

Di Malaysia sebenarnya masih ramai ibu bapa tidak mengambil berat isu ini. Ini yang sedang dilakukan kerajaan...

03-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026