Link Copiedcheck_circle
Global

Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD Cars Filipina  telah memperkenalkan BYD eMAX 9 DM-i di negara itu sekali gus menjadikan Filipina adalah pertama di dunia yang melancarkan MPV hibrid plug-in  itu.

Dikenali sebagai BYD Xia di China dan M9 di beberapa pasaran antarabangsa terpilih, MPV tujuh tempat duduk premium ini merupakan kenderaan paling mewah BYD setakat ini, dan ada kemungkinan ia akan akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

image.pngimage.png

Untuk makluman, eMAX 9 DM-i menggunakan sistem Super DM-i plug-in hybrid (PHEV) BYD dan hadir dalam dua varian iaitu Advanced dan Premium. 

Kedua-duanya digabungkan dengan enjin petrol turbo 1.5 liter serta motor elektrik hadapan. Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat  267 hp dan tork 315 Nm.

Varian Advanced dilengkapi dengan bateri Blade LFP 20.4 kWh, dimana ia menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 95 km, manakala varian Premium menggunakan bateri 36.6 kWh,pula boleh bergerak sejauh 170 km. 

Bagaimanapun, jumlah jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,000 km, dengan sokongan pengecasan AC 7 kW serta DC fast charging — 41 kW untuk Advanced dan 73 kW untuk Premium.

image.png

Di Filipina, harga bermula pada PHP 2.678 juta (RM190,000) untuk varian Advanced dan PHP 2.998 juta (RM216,000) untuk varian Premium dimana ia  jauh lebih murah berbanding Toyota Alphard yang dijual antara PHP 4–5 juta (RM290,000–RM360,000).

Pendek kata, eMAX 9 sebenarnya standing dengan Alphard, manakala Denza D9 pula standing  dengan Lexus LM. 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan kabin yang agak mewah khususnya untuk varian Premium yang menampilkan kerusi kapten boleh laras dengan fungsi urutan dan pengudaraan, meja lipat, serta peti sejuk.

image.png

Ia turut dilengkapi dengan skrin sentuh 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta BYD Cloud Services, kemas kini OTA, kawalan suara, dan Wi-Fi.

Dengan ukuran 5,145 mm panjang, 1,970 mm lebar, dan 1,805 mm tinggi, serta jarak roda 3,045 mm, eMAX 9 sepadan dengan Alphard dari segi saiz dan apa yang penting ia menawarkan kos pemilikan yang agak berpatutan.

Buat masa ini, masih belum pasti sama ada ia akan hadir dengan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) atau sebaliknya.


image.png

Memandangkan  kilang pemasangan CKD BYD di Tanjung Malim di jangka beroperasi tahun depan, maka model seperti eMAX 9 DM-i nampaknya berpotensi memainkan peranan penting dalam mengekalkan volum pengeluaran dan mempercepatkan pulangan pelaburan.

image.png

Jika BYD meneruskan haluan ini, eMAX 9 DM-i mungkin antara model hibrid yang akan dipasang secara tempatan, bersama-sama dengan BYD M6 EV MPV, bagi menyokong aspirasi serantau jenama itu dan peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.

Gallery

Tag:

BYD
BYD eMAX DM-i
BYD Cars Filipina
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia

BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia

BYD Atto 2 DM-i yang merupakan SUV crossover plug-in hybrid (PHEV) membuat penampilan pertamanya di Eropah, baru-baru ini.

25-11-2025
Berita Auto
Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto
Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto
BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
EV
BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi,  Jarak EV Cecah 650 KM

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV
BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

BYD Cars Malaysia memperkenalkan versi eksklusif edisi terhad bagi model sedan elektrik terbarunya, BYD Seal 6, yang kini hadir dalam pilihan warna baharu, Ivory Gold.

30-10-2025
EV
BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
Global
BYD Atto 8 Bersedia Buat Kemunculan Global – Bakal Tiba Di Malaysia?

BYD Atto 8 Bersedia Buat Kemunculan Global – Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, mengumumkan penjenamaan semula SUV Tang L untuk pasaran antarabangsa.

27-10-2025

Berita Terkini

Global
Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025
Global
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Global
Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global
Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025