Link Copiedcheck_circle
Global

JMS 2025: Mazda Vision-X Coupe & Vision-X Compact Ditunjuk

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngimage.png

Mazda telah mencuri tumpuan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 yang sedang berlangsung apabila  memperkenalkan dua kereta konsep terbaharunya iaitu Mazda Vision-X Coupe dan Vision-X Compact, baru-baru ini.

 Selain daripada reka bentuk yang cukup radikal, kedua-dua kereta konsep ini  menonjolkan penyelesaian mobiliti lestari pengeluar tersebut menjelang tahun 2035.

image.png

Melihat Mazda Vision-X Coupe, rekaanya jelas menunjukkan ia dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Kodo yang ikonik namun dimodenkan. Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir ddengan  gril tertutup yang diapit oleh lampu utama  dengan sambungan lampu siang LED berbentuk taring selain terdapat saluran udara bawah yang lebar. 

image.png

Dari sisi pula, terdapat hud hadapan yang panjang manakala bahagian belakangnya pula kelihatan sporty namun ia tidak dilengkapi dengan  cermin sisi fizikal atau pemegang pintu.

Dari bahagian  belakang pula, Vision-X Coupe menampilkan reka bentuk yang minimalis namun elegan, dengan cermin belakang condong selain tertera perkataan  Mazda pada pintu but. Kereta konsep ini turut menggunakan rim lima jejari bersaiz besar dengan reka bentuk separa tertutup.

image.png

Dari segi dimensi, Vision-X Coupe agak besar dengan berukuran panjang 5,050 mm, lebar 1,995 mm, tinggi 1,480 mm, dan jarak roda 3,080 mm. Ini menjadikannya lebih besar daripada Mazda6.

image.png

Menjengah bahagian dalamannya, ia ukup sarat dengan ciri berteknologi tinggi dan futuristik, manakala dilengkapi dengan skrin tengah bersaiz besar yang memanjang hingga ke tempat duduk penumpang hadapan. Namun kluster meter dikekalkan secara berasingan. Susun atur empat tempat duduk dengan balutan dua tona, konsol tengah lebar, serta tuil gear menyerupai bola besbol turut menambah keunikan ruang ini.

image.pngimage.png

Dari segi kuasa pemanduan, Vision-X Coupe menampilkan sistem hibrid plug-in (PHEV) dimana ia digabungkan dengan motor elektrik tunggal dan pek bateri besar. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 503 hp (375 kW), dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 160 km dan jarak keseluruhan 800 km.

Lebih menarik, konsep ini turut dilengkapi dengan teknologi penangkapan CO₂ milik Mazda sendiri.

image.png

Namun lain pula Mazda Vision-X Compact. Model ini menggambarkan  visi Mazda untuk kereta bandar masa depan. Seperti kembarnya yang lebih besar, konsep hatchback ini juga mempunyai reka bentuk hadapan tertutup sepenuhnya, lampu utama LED tajam dengan taring bercahaya, serta logo Mazda bercahaya.

Model kelihatan agak futuristik selain hadir dengan  kamera sisi digital, pemegang pintu jenis bersembunyi manakala bahagian belakangnya pula berbentuk bulat dan ada bumbung kaca panoramik penuh.

Dari segi dimensi, Vision-X Compact berukuran panjang 3,825 mm, lebar 1,795 mm, tinggi 1,470 mm, dan jarak roda 2,515 mm — menjadikannya lebih kecil daripada Mazda2 hatchback dan Mazda MX-5.

image.pngimage.png

Bahagian dalamannya mengekalkan gaya moden dan minimalis, dengan kluster meter digital bulat sebagai satu-satunya paparan yang kelihatan di sebalik stereng bawah rata.

Mazda turut menjelaskan bahawa konsep ini akan menampilkan rakan pintar kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pemandu dan kenderaan saling berhubung antara satu sama lain.

image.pngimage.png

AI ini dikatakan mampu membaca dan memahami emosi pemandu, selain memaparkan senarai main lagu atau laluan alternatif berdasarkan mood pengguna.

Apa yang menariknya,  AI ini juga mampu berdiam diri apabila pemandu tidak mahu berbual.

image.png

Walaupun teknologi AI sebegini masih jauh untuk direalisasikan, Mazda sudah pun mengambil langkah awal dengan mengumumkan bahawa Google Gemini akan menggantikan Google Assistant dalam beberapa model mereka tidak lama lagi melalui kemas kini perisian masa depan.


Gallery

Tag:

Mazda Vision-X Coupe Concept
Mazda Vision X Compact
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026