Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam!

Itu kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. Menurutnya, pihaknya tidak  menolak kemungkinan wujud pembabitan 'orang dalam' kes kecurian kabel dan komponen yang menjejaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan dari semua sudut memandangkan kegiatan curi itu masih berterusan meskipun beberapa tangkapan sudah dibuat.

"Siasatan sedang dijalankan dari pelbagai aspek, termasuk kemungkinan terdapat 'orang dalam' yang memberikan maklumat atau bekerjasama dengan pencuri. Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan sebelum ini untuk menangani kejadian kecurian di tapak jajaran ECRL.

"Setakat ini, kira-kira 10 individu ditangkap dan didakwa. Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada kes terbaru mempunyai kaitan dengan suspek yang ditahan sebelum ini," katanya.

Pada 14 Oktober lalu, syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) memaklumkan pencuri menyerang 24 tapak projek ECRL di Pahang dari Jun hingga 10 Oktober yang menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Susulan itu, pasukan petugas khas Polis Pahang ditubuhkan selepas Malaysia Rail Link (MRL) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden kecurian kabel yang berulang sepanjang laluan ECRL merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Projek mega rel sepanjang 665 kilometer itu yang melalui Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan di Pahang, dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2027.

image.png

Bulan lalu, CCC-ECRL melaporkan 1,080 meter kabel tembaga hilang dicuri sebelum polis menahan 10 suspek, termasuk seorang warga asing dalam beberapa serbuan berasingan di Temerloh dan Bentong, dengan jumlah kerugian melebihi RM800,000.

Yahaya berkata, polis sentiasa bekerjasama rapat dengan CCC-ECRL untuk mengenal pasti dan menangkap dalang kecurian kabel berkenaan serta menamatkan kegiatan mereka.

"Pasukan petugas khas Polis Pahang mencadangkan beberapa langkah keselamatan termasuk pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tertentu sepanjang jajaran rel.

"Pada mesyuarat bersama, kami membincangkan langkah memperkukuhkan keselamatan tapak dan akan meneruskan kerjasama rapat sehingga projek ini siap sepenuhnya.





Gallery

Tag:

East Coast Rail Link (ECRL)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

11-02-2026
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup

Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.

22-09-2025
Berita Auto

Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian

Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.

20-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara

Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.

14-07-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan

Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .

25-06-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026