Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 Capai Kutipan Dana RM1.4 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Image-01.jpg


Acara Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1.4 juta daripada lebih 200 peserta.


Hasil kutipan dana daripada acara anjuran Bermaz Motor Sdn. Bhd. ini akan disalurkan kepada Tabung Perubatan Mazda (MMF) dan beberapa pertubuhan kebajikan bagi membolehkan program kebajikan di seluruh negara diteruskan dan diperluaskan.


Image-05.jpg


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang juga Penaung Diraja MMF sejak 2015, turut menyerikan acara. Juga hadir adalah barisan pemimpin negara dan wakil kerajaan serta korporat.


Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Tan Sri Ben Yeoh Choon San berkata, “Kami amat berbesar hati dengan keberangkatan Sultan Pahang serta kehadiran para pemimpin negara. Penyertaan mereka adalah bukti bahawa apabila kepemimpinan, perniagaan dan masyarakat berganding bahu, kita mampu membawa perubahan sebenar. 


Image-07.jpg


Beliau juga menambah, “Kejohanan ini lebih daripada sekadar acara sukan, ia adalah bukti tanggungjawab kami untuk terus menyemai budaya prihatin dan kepedulian di Malaysia. Kami harap semangat ini dapat diteruskan dan menyentuh lebih banyak kehidupan masa hadapan,” katanya.


Tan Sri Ben Yeoh juga mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan penyumbang yang menjayakan kejohanan ini. Dana yang dikumpulkan akan membawa manfaat kepada ribuan penerima yang memerlukan setiap hari.


Image-08.jpg


Antara penerima dana ialah Tabung Kebajikan Penyakit Kanser Mount Miriam di Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Ahsana di Kuala Lumpur dan House of Love di Selangor. Wakil-wakil pertubuhan ini turut hadir menerima cek replika daripada Sultan Pahang dan Tan Sri Ben Yeoh semasa majlis penyampaian hadiah.


Image-03.jpg


Kejohanan ini juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Baca: Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Baca: Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Tag:

Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11
Mazda Malaysia
Bermaz Motor
Tabung Perubatan Mazda (MMF)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.

01-10-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Berita Auto

Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran

Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.

11-06-2025
Kereta Baru

Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik

Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.

03-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026