Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebuhraya MEX Terima Pujian Gara-Gara Konvoi Trump

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lebuhraya MEX menerima pujian dari seluruh negara gara-gara konvoi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, semalam menggunakan laluan itu.

Video berdurasi 13 saat itu, yang dimuat naik di platform X oleh Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi kepada Trump, Margo Martin, menunjukkan konvoi presiden itu bergerak dengan lancar di lebuh raya tiga lorong itu yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu negara.

Video pendek itu tular di pelbagai platform media sosial dengan pengguna memuji infrastruktur lebuh raya Malaysia yang moden dan pemandangannya yang indah.

"Ini seperti babak pembukaan dalam filem Independence Day," ulas Mike Kearney dari Pennsylvania, AS manakala Shubham Singh Gaur dari India secara bergurau pula menyatakan, "Konvoi itu kelihatan seperti dalam Fast & Furious: Presidential Drift."

"Jika beliau menuju ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang, beliau akan melalui banyak pokok kelapa sawit. Ia sungguh menarik apabila melihat terdapat banyak pokok kelapa sawit yang seperti hampir tiada penghujungnya!" ujar seorang lagi pengguna dari AS, Neesie.

Lebuhraya MEX, secara rasmi mula beroperasi pada 13 Disember 2007, adalah lebuh raya sepanjang 26 kilometer dan menjadi laluan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.

Dibangunkan untuk aliran trafik yang lancar dan cekap, MEX terus menjadi laluan pilihan kepada pelancong yang berulang-alik antara destinasi utama ini.

Gallery

Tag:

US President Donald Trump
Lebuhraya Maju Expressway Sdn. Bhd (MEX)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Projek Siapkan MEX II Dianggarkan RM449 Juta, Kos Mungkin Naik

Kos bagi menyiapkan baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dianggarkan berjumlah RM449 juta.

03-12-2025
Berita Auto

12 Lebuhraya Rugi Manakala 15 Lagi Catat Keuntungan

Sebanyak 12 pemegang konsesi lebuh raya di negara ini mengalami kerugian.

26-11-2025
Berita Auto

Projek MEX 2 Masih Tak Siap, Kerajaan Sedang Cari Penyelesaian

Agensi Pusat sedang memuktamadkan perbincangan dengan pihak Penerima dan Pengurus (R&M), bertujuan mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menyiapkan baki keseluruhan projek Lebuhraya MEX2.

13-08-2025
Berita Auto

Dewan Rakyat: Jika Kadar Tol 10 Lebuh Raya Tak Ditangguh, Ada Kenaikan Hingga 83% Bagi Kelas 1

Sekiranya kadar tol bagi 10 lebuh raya di negara ini tidak ditangguhkan, pengguna lebuh raya sebenarnya berdepan dengan kenaikan tol sebanyak 79 hingga 83 peratus bagi kenderaan kelas 1.

29-07-2025
Berita Auto

Perdana Menteri Umum Tiada Kenaikan Kadar Tol Di 10 Tol

Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan 10 tol supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

23-07-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026