Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(4).jpg

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang, sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis ini menandakan detik bersejarah dalam hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Republik Rakyat China,yang melambangkan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama dalam pembangunan industri, inovasi teknologi dan kemajuan masa depan.

Photo-2-(1).jpg

Malah, dua model terbaharu PROTON ini dikatakan dapat  mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, selain  menunjukkan komitmen  kedua-dua negara untuk memperluas kerjasama dalam industri, pemindahan teknologi, dan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Turut hadir pada majlis itu ialah ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu, serta Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar.

Photo-5.jpg

Untuk makluman, Proton Saga serba baharu yang direka dan dihasilkan berasaskan platform Advanced Modular Architecture (AMA).

Ia  merupakan model pertama yang direka bentuk, dibangunkan dan diuji sepenuhnya oleh tenaga kerja rakyat tempatan dengan sokongan teknikal daripada Geely.

Model ini juga memiliki hak harta intelek (Intellectual Property Rights) sepenuhnya milik PROTON , satu pencapaian penting yang mencerminkan keupayaan dan kebolehan rakyat Malaysia dalam menghasilkan kenderaan yang memenuhi piawaian antarabangsa.

image.png

Sementara itu, Proton e.MAS 5 yang direka dan dihasilkan dengan teknologi dan reka bentuk terkini daripada Geely, merupakan kenderaan elektrik mampu milik pertama Malaysia serta model kedua dalam barisan e.MAS selepas kejayaan pelancaran Proton e.MAS 7 tahun lalu.

image.pngimage.png

Model ini menjadi simbol kesediaan PROTON untuk memacu peralihan negara ke arah mobiliti hijau, seiring dengan matlamat yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap).


Gallery

Tag:

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim
Li Qiang
ASEAN
Proton Saga
Proton e.MAS5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat

PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat

PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.

17-08-2026
Berita Auto
Konflik Iran-AS: Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99

Konflik Iran-AS: Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99

Kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara.

02-03-2026
Berita Auto
PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan

PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan

Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan program Budi Madani (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang layak kepada hingga 800 liter sebulan.

04-11-2025
EV
Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan

Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan satu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM600 juta untuk menubuhkan sebuah kilang pengeluaran magnet berkuasa tinggi di Kuantan, Pahang

03-11-2025
Berita Auto
Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.

20-06-2025
EV
Model Kereta Diterima PM Anwar Daripada Presiden Turkiye Terbongkar – Togg T10X

Model Kereta Diterima PM Anwar Daripada Presiden Turkiye Terbongkar – Togg T10X

Hadiah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbongkar. Model tersebut ialah SUV elektrik, Togg T10X.

13-02-2025
EV
Hadiah EV Turkiye Kepada PM Akan Dipulangkan

Hadiah EV Turkiye Kepada PM Akan Dipulangkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa EV jenama Togg yang diterima daripada Presiden Turkiye bukan milik peribadi beliau.

10-02-2025
Berita Auto
Proton Saga Mula Dipasang Secara Tempatan Di Mesir Pada Disember Ini

Proton Saga Mula Dipasang Secara Tempatan Di Mesir Pada Disember Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holdings Berhad di Mesir, semalam.

13-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026