Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penduduk Sempadan ‘Kongsi’ MyKad, Penyeludupan RON95 Masih Berleluasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Petronas_Ron95_Subsidy_Budi95_-3.jpg


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan ada kemungkinan segelintir penduduk di kawasan sempadan memberi MyKad mereka kepada penyeludup untuk menyeleweng subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) ke Thailand.


seludup-minyak-1.jpg


Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, memaklumkan bahawa tindakan ini membolehkan penyeludup membeli petrol pada harga subsidi, RM1.99 seliter untuk dijual semula bagi meraih keuntungan berganda di negara jiran. Bagaimanapun, harga tanpa subsidi RM2.60 seliter juga tidak menjejaskan kegiatan tersebut kerana keuntungan kekal tinggi.


seludup-minyak.png


Menurut Azman, keuntungan kasar penyeludup boleh mencecah sekitar RM90 bagi setiap tong 30 liter, berdasarkan perbezaan harga RON95 di Thailand yang boleh mencapai RM5.30 seliter, menjadikan aktiviti ini sangat menguntungkan.


KPDN sentiasa menjalankan pemantauan di stesen minyak di kawasan sempadan bagi memastikan bekalan petrol mencukupi untuk rakyat tempatan dan menghalang manipulasi. Walaupun harga RM2.60 seliter bukan harga subsidi, minyak ini masih dikategorikan sebagai barangan kawalan oleh KPDN.


Azman menyatakan tanggungjawab KPDN adalah memastikan bekalan petrol tidak diseleweng oleh penyeludup dan menegaskan bahawa walaupun terdapat rungutan pengusaha stesen serta penyeludup mengenai penguatkuasaan, langkah ini penting untuk memastikan keadilan dan manfaat sebenar subsidi sampai kepada golongan yang sepatutnya.

Sumber: Sinar Harian

web_TA_CariCarz_Petronas_Ron95_Subsidy_Budi95_-5.jpg

Tag:

Seludup Minyak
BUDI MADANI RON95
BUDI95
Minyak Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hampir 500 Kereta Disita Di Kelantan Diubahsuai, Boleh Isi 200 Liter Minyak

Sebanyak 90% daripada 550 kenderaan yang disita dalam tiga tahun lalu telah diubahsuai pada bahagian tangki untuk penyeludupan bahan api.

01-07-2024
Berita Auto

Kereta Meletup Semasa Isi Minyak, Punca Kejadian Bangkit Kemarahan Netizen...

Seorang lelaki yang dipercayai ‘penyeludup minyak’ nyaris maut selepas kereta Proton Wira Aeroback miliknya meletup secara tiba-tiba.

20-05-2024
Berita Auto

Sah! Tiada Kes Isi Padu RON95 Kurang, - KPDN

KPDN mengesahkan tiada sebarang kesalahan yang melibatkan kuantiti (isi padu) minyak petrol RON95.

25-11-2025
Berita Auto

Budi Madani RON95 Berjalan Lancar Tetapi Ada Sedikit Gangguan – Tuntut Pengembalian Wang 9 Oktober Ini

Pengguna yang terkesan akibat gangguan teknikal di stesen petrol dan terpaksa membayar harga RON95 tanpa subsidi boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan semula lebihan bayaran tersebut.

06-10-2025
Berita Auto

Pemandu E-Hailing Dapat Had Tambahan Subsidi BUDI95 Mulai 15 Oktober, Pemilik Bot TIdak Perlu Lesen Memandu Sah

Kerajaan telah bersetuju memberikan tambahan had kelayakan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) khas kepada pemandu e-hailing sepenuh masa bermula 15 Oktober

02-10-2025
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Guna IC Orang Lain Untuk Isi RON95, Lelaki Ditangkap

Padah menggunakan identiti orang lain demi kepentingan peribadi, seorang lelaki tempatan hari ini terpaksa akur apabila dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret.

29-12-2025
Berita Auto

Guna IC Orang Lain: Kementerian Kewangan Keluarkan Amaran Keras

Kementerian Kewangan memberi amaran keras terhadap perbuatan menebus subsidi Budi Madani Ron95 (BUDI95) menggunakan MyKad milik individu lain.

28-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.

04-02-2026
Berita Auto

Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.

04-02-2026