Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Kejar Honda Stream Pandu Laju, Rupanya Bawa Dadah 385 Kg

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hanya guna Honda Stream, bawa dadah seberat 385 kilogram (kg)!

Bagaimanapun, perbuatan si pemandu akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa apabila dia didapati memandu laju  di Kilometer 375 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Slim River, Perak semalam.

Ketika kejadian, anggota EMPV Zon Utara 4, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang menjalankan rondaan sebelum mengesan MPV jenis Honda Stream dipandu laju di Kilometer 375 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, apabila diminta berhenti, pemandu kenderaan itu terus memecut laju menyebabkan berlaku aksi mengejar suspek sejauh dua kilometer.

Menurutnya, kenderaan itu akhirnya berhenti di tepi lebuh raya, namun pemandu dan seorang penumpang hadapan sempat bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

image.png

"Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan 15 guni berisi 374kg dadah jenis methamphetamine dan satu bungkusan plastik hitam mengandungi 11.28kg heroin base yang diletakkan di bahagian but dan tempat duduk MPV

"Nilai pasaran keseluruhan dadah dianggarkan RM13 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Rabu.

Usaha memburu kedua-dua suspek sedang giat dijalankan termasuk penjejakan di kawasan hutan tempat mereka meloloskan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Gallery

Tag:

Honda Stream
PLUS Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Hari Indah Bertukar Tragedi, 6 Maut Semasa Dalam Perjalanan Berkelah

Hari Indah Bertukar Tragedi, 6 Maut Semasa Dalam Perjalanan Berkelah

Hari indah bertukar tragedi selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan yang meragut enam nyawa.

23-01-2023
Berita Auto
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Tips
Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!

17-03-2026
Berita Auto
Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini

Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini

Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.

12-03-2026
Berita Auto
Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres

Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres

Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda

10-03-2026
Berita Auto
Lebuh Raya PLUS Lumpuh: Banjir Kilat di Nilai, Ramai Buka Puasa Dalam Kereta

Lebuh Raya PLUS Lumpuh: Banjir Kilat di Nilai, Ramai Buka Puasa Dalam Kereta

Hujan lebat luar biasa yang melanda petang tadi telah menyebabkan banjir kilat di Kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Sebelah Nilai, sehingga melumpuhkan lalu lintas di kedua-dua arah.

05-03-2026
Berita Auto
Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane

Nak Kurangkan Kesesakan, PLUS Tambahkan Lorong Smart Lane

Plus Malaysia Berhad meningkatkan jumlah Smart Lane kepada 32 lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan.

10-02-2026
Berita Auto
Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026