Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Kereta Proton Kini Di Tanjong Malim, Tiada Lagi Kilang Shah Alam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

To-officially-welcome-the-new-staff-to-their-new-home,-an-event-was-held-yesterday-at-Proton-Tanjong-Malim,-welcoming-1,400-employees.-The-ceremony-was-officiated-by-Ainol-Azmil,-Covering-Deputy-Chief-Executive-Off.JPG


Proton mencatatkan sejarah apabila menamatkan operasi kilangnya di Shah Alam dan beralih sepenuhnya ke kilang pengeluaran kenderaan yang terbaru dan lebih canggih di Tanjong Malim, Perak. 


Kilang yang beroperasi sejak tahun 1985 dengan  model pertamanya, Proton Saga, telah ‘melabuhkan tirai’ operasinya dengan model sama pada 30 September 2025 lalu melalui pengeluaran unit terakhir Saga MC2


Pengeluaran kenderaan kini dibawa ke Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Proton yang  menggabungkan pemasangan, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan dalam satu lokasi, menggunakan teknologi Industri 4.0 yang terkini. Antara kemudahan tercanggih ialah mesin tekanan (press) mekanikal terbesar Malaysia dan barisan pemasangan enjin 1.5 TGDi pertama di luar China.


1,400-employees-who-relocated-from-the-Shah-Alam-plant-are-officially-welcomed-at-their-new-home-in-Proton-Tanjung-Malim.JPG


Lebih 1,400 kakitangan di bahagian pengeluaran telah dipindahkan ke AHTV, membawa bersama kemahiran yang menjadikan transisi ini sebuah permulaan yang mengujakan. Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil dan barisan pengurusan tertinggi syarikat.


The-production-line-features-a-high-degree-of-automation-in-its-operations.jpg


Dengan kapasiti tahunan mencecah 250,000 kenderaan, kilang terbaru ini akan menjadi hab pengeluaran model Saga, Persona, siri SUV X dan S70. Ia juga akan memainkan peranan sebagai pusat eksport utama Geely Group untuk kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) di Asia Tenggara.


A-world-class-facility-located-at-AHTV-to-serve-the-expansion-of-PROTON’s-EV-models.png


AHTV juga menjadi pusat pemasangan kenderaan elektrik (EV) yang pertama di Malaysia, menandakan kemajuan besar dalam industri EV negara. Melalui pemusatan operasi, Proton dapat memperkukuh jaringan pembekal tempatan dan membuka peluang pekerjaan baharu yang bernilai tinggi dalam industri automotif. 

Baca: Pengeluaran Proton Saga Di Kilang Shah Alam Ditamatkan

Caricarz-TA-Proton-EVPlant-Launch-4-full.jpg

Tag:

Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV)
Proton AHTV Tanjung Malim
Proton Shah Alam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Akan Kembali Ke Pasaran UK, Disokong Rancangan Global Geely

Pengeluar kereta terkemuka negara, Proton, dilaporkan akan kembali menembusi pasaran United Kingdom (UK).

08-08-2024
Berita Auto

Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini

CEO Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

22-02-2024
Berita Auto

AHTV Bakal Jadi Hab Kenderaan Tenaga Baharu Dunia

Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak melakar sejarah apabila DRB-HICOM memeterai Perjanjian Kerjasama Utama (MCA) dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

12-10-2023
Berita Auto

DRB-HICOM & Geely Sasar Tarik Pelaburan RM32 Bilion Bagi Projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi

PROTON telah menganjurkan Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 untuk mendedahkan peluang di AHTV.

17-07-2023
EV

Geely Bakal Labur RM30 Bilion Untuk Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Di Perak

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan melaburkan sejumlah RM30 bilion dalam pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

07-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026