Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penggunaan EV Meningkat: Industri Insurans Hadapi Cabaran Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Penggunaan  kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat di Malaysia kini mengundang cabaran baharu kepada industri insurans.

Ini kerana  ia melibatkan pengurusan kos pembaikan yang lebih tinggi sehingga kepada pembangunan piawaian keselamatan dan teknikal yang baharu.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon.

Menurutnya, peningkatan populariti EV, walaupun positif dari segi kelestarian, turut menyerlahkan keperluan mendesak untuk sektor insurans menyesuaikan diri dengan risiko dan realiti operasi baharu.

“Jualan kenderaan EV dan hibrid telah berkembang dengan pesat kerana pengecualian duti, yang akan tamat pada tahun ini. 

“Jualan EV sahaja meningkat lebih 90 peratus dalam separuh pertama tahun ini dan kini mewakili lebih tiga peratus daripada jumlah jualan kereta baharu,” katanya dalam taklimat media separuh pertama 2025. 

image.png

Jualan kenderaan elektrik dan hibrid menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, didorong oleh pengecualian duti import dan eksais yang dijangka tamat pada penghujung 2025.

Dalam separuh pertama tahun ini, jualan EV melonjak sebanyak 91.4 peratus, menyumbang kepada 3.4 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan kereta baharu, satu trend yang mencerminkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti yang lebih hijau.

“EV adalah model yang sangat berbeza. Ia berfungsi dengan cara yang berbeza dan cara pembaikannya juga berbeza.

“Apa yang kami dapati dan ini agak baharu bagi kami ialah pengalaman kerugian bagi EV sangat berbeza berbanding kereta biasa,” katanya.

Kim Soon berkata, PIAM telah mengkaji data dari pasaran EV yang lebih matang seperti China untuk memahami prestasi kenderaan ini dalam jangka masa panjang. 

“Dapatan menunjukkan apabila EV semakin berusia, tabiat pemanduan cenderung berubah, susut nilai berlaku dengan lebih cepat, dan pembaikan menjadi lebih kompleks dan teruk.

“Apabila berlaku kemalangan di bahagian tertentu kenderaan, kadangkala kereta itu langsung tidak boleh dibaiki.

“Kita perlu membina seluruh ekosistem rangkaian pembaikan bateri di Malaysia dan buat masa ini, ia masih belum matang,” katanya. 

Beliau berkata, PIAM sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menetapkan piawaian dan keperluan pematuhan yang sewajarnya bagi bengkel EV. 

“Tidak seperti kenderaan konvensional, pembaikan EV memerlukan kemahiran khusus dan protokol keselamatan yang ketat.

“Anda sebenarnya memerlukan jurutera elektrik untuk membaiki kereta-kereta ini. Mekanik biasa tidak boleh melakukannya dan ia berbahaya jika dilakukan dengan cara yang salah.  Oleh itu,  keseluruhan ekosistem ini perlu dibangunkan dengan betul,” katanya. 

Gallery

Tag:

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Jangan Ke Thailand Tanpa Insurans Ini... Belajar Daripada Tragedi Banjir Hat Yai

PIAM nasihatkan pemandu ke Thailand membuat semakan semula perlindungan insurans selepas banjir di Hat Yai. Tambah Endorsemen 101 & 57 untuk perlindungan semasa berada di luar negara, termasuk risiko banjir kilat.

04-12-2025
Berita Auto

Standard Baharu Untuk Baik Pulih Kenderaan Akan Diumumkan

Pengumuman mengenai Standard Malaysia - Keperluan Pembaikan Selepas Pasaran untuk Kenderaan Kemalangan (MS) akan dibuat pada suku pertama tahun ini.

22-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026
Berita Auto

Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata

Waspada bahang matahari! Lelaki kongsi detik cermin kereta retak hingga rugi ribuan ringgit, mujur insurans cover.

31-03-2026
Berita Auto

Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial

Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.

30-03-2026