Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Anjur Penang PROTON One Tank Challenge, Peserta Buktikan Proton S70 Jimat Minyak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Abu-Bakar-Bin-Mohd-Yusoff-receives-his-prize-from-Proton's-Acting-Deputy-Head-of-Marketing-Communications-Zulfakar-Bin-Mohamad-Jamil.jpg

Dengan satu tangki penuh berkapasiti 50 liter, seorang pemilik Proton S70, Abu Bakar  Mohd Yusoff dinobatkan sebagai juara acara Penang PROTON One Tank Challenge selepas membuktikan Proton S70 menawarkan penggunaan bahan api terendah ketika menyertai acara itu di Seberang Perai, baru-baru ini. 

Abu Bakar membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 selepas mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 3.48L/100km, bersamaan dengan purata 31.61km/L, yang memberikan jarak pemanduan maksimum secara teori sejauh 1,580km.

The-One-Tank-Challenge-attracted-33-participants-comprised-of-Proton-S70-owners.jpg

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Muhammad Syamim  Omar Farook, yang menerima RM800 selepas mencatat 3.98L/100km, manakala Mohd Aliff Bin Sani memperoleh RM600 dengan kadar penggunaan bahan api 4.40L/100km.

Bertemakan “Pandulah dengan Cekap. Hidup Secara Aktif. Raikan Malaysia”, acara One Tank Challenge ini sejajar dengan objektif Hari Sukan Negara yang memupuk gaya hidup sihat dan aktif.

Seramai 33 orang pemilik Proton S70 mengambil bahagian untuk menguji kemahiran pemanduan berhemah sambil menikmati pengalaman pemanduan yang mengujakan ditawarkan oleh kenderaan mereka.

Terdahulu, para peserta menempuh laluan sejauh 110km yang merangkumi jalan di pulau, tanah besar serta kedua-dua jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Competitors-drove-a-route-of-110km-encompassing-roads-on-the-mainland-and-the-island.jpg

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang berkata, PROTON S70 dibangunkan untuk memenuhi kehendak pemandu yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan, disertai rekaan menarik serta, yang paling penting, kecekapan bahan api yang cemerlang.

"Acara seperti Penang PROTON One Tank Challenge ini merupakan platform terbaik untuk menonjolkan keunikan model ini serta mengingatkan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan tentang sebab Proton S70 kekal sebagai peneraju jualan nasional bagi segmen sedan C,” katanya. 

Dengan harga permulaan hanya RM73,800, Proton S70 menawarkan nilai terbaik dalam kelasnya, dilengkapi enjin 1.5L pengecas turbo berkuasa 150 PS dan tork 226 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7DCT) untuk pemanduan yang responsif .



Tag:

Proton S70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton S70 2026 Raih 7,157 Tempahan

Permintaan terhadap Proton S70 terus menunjukkan momentum kukuh apabila 7,157 tempahan awal diterima sejak tempahan bagi model Proton S70 2026 dibuka pada 11 Februari lalu.

13-03-2026
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026