Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Status Projek LPT3, Bukan Diabaikan Tetapi Diteliti Semula

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu menegaskan keputusan kerajaan Persekutuan meneliti semula pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) bukannya bererti mengabaikan pembangunan di Pantai Timur.

Ketua Penerangannya, Aiman Wan Alias berkata, dakwaan bahawa kelewatan projek itu disebabkan sikap sambil lewa kerajaan Persekutuan adalah tidak berasas dan bercanggah dengan fakta sebenar.

Ini kerana  kenaikan kos LPT3 daripada RM2.87 bilion kepada RM9.8 bilion menuntut semakan menyeluruh terhadap model pembiayaan, struktur konsesi serta implikasi kewangan jangka panjang.

"Keputusan Persekutuan untuk menilai semula projek ini bukan tanda pengabaian, sebaliknya mencerminkan tanggungjawab fiskal bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjadi beban kewangan negara atau menyebabkan kadar tol yang tinggi kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan kekal komited memastikan setiap projek mega memberi manfaat sebenar dan berterusan kepada rakyat, bukannya gah pada permulaan tetapi akhirnya menekan pengguna serta ekonomi tempatan.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya Pantai Timur dianaktirikan dan menegaskan kejayaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini mencatat kemajuan lebih 90 peratus di Terengganu membuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan seimbang.


Gallery

Tag:

LPT3 project
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026