Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

XPeng-X9-EREV-Caricarz-(8).jpg


Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025. Model ini ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula daripada  RMB309,800 (kira-kira RM180,000) untuk varian Max hingga MB329,800 (kira-kira RM190,000) untuk varian Ultra. 


Harga yang diumumkan ini lebih murah berbanding X9 versi bateri elektrik (BEV) yang dijual di China pada RMB359,800 (kira-kira RM210,000).


Sistem Super Elektrik Kunpeng


XPeng-X9-EREV-Caricarz-(23).jpg


X9 EREV merupakan model Xpeng pertama yang dilengkapi dengan Sistem Super Elektrik Kunpeng. Di masa hadapan, syarikat ini dilaporkan akan memperkenalkan varian EREV bagi model-modelnya yang lain termasuk SUV G7, SUV G6 dan sedan P7+


Dikuasakan bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 63.3 kWj oleh CALB, X9 EREV menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 452 km. Ditambah dengan tangki bahan api berkapasiti 60 liter, MPV ini mampu mencapai jarak keseluruhan sehingga 1,602 km berdasarkan standard CLTC. Xpeng mendakwa bahawa kenderaan ini dapat beroperasi dengan sistem elektrik sepenuhnya dalam 90% situasi pemanduan harian.


XPeng-X9-EREV-Caricarz-(21).jpgXPeng-X9-EREV-Caricarz-(20).jpg


Sistem ini dibina menggunakan binaan elektrikal bervoltan tinggi, 800V, dan menyokong pengecasan pantas 5C, membolehkan jarak ditambahkan kepada sehingga 313 km dalam masa hanya 10 minit.


Enjin 1.5T penggerak jarak jauh memberikan kuasa 110 kW (148 hp) dengan kecekapan terma 43.06%, manakala motor pacuan roda belakang menghasilkan kuasa 210 kW (281 HP) dan tork 465 Nm. Gabungan sistem ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat dalam masa 8 saat.


Rekaan Luaran & Kabin X9 EREV


XPeng-X9-EREV-Caricarz-(13).jpgXPeng-X9-EREV-Caricarz-(3).jpg

XPeng-X9-EREV-Caricarz-(16).jpgXPeng-X9-EREV-Caricarz-(4).jpg


X9 EREV memiliki panjang 5,316 mm, lebar 1,988 mm, tinggi 1,785 mm, serta jarak roda 3,160 mm. Sama seperti BEV tetapi lebih panjang. 


Bahagian hadapan X9 EREV diperbaharui dengan komponen ambilan yang lebih besar serta dua saluran penyejukan berasingan. Rekaan lampu nyalaan siang yang melintang panjang di sudut depan serta warna baharu, hijau Aurora Green menyerlahkan gaya unik MPV ini. Rekaan bumbung berkonsep ‘terapung’ pula dicapai dengan tiang A, B, C dan D yang ‘tersembunyi’.


XPeng-X9-EREV-Caricarz-(17).jpg

XPeng-X9-EREV-Caricarz-(7).jpgXPeng-X9-EREV-Caricarz-(6).jpg


Memasuki ruang kabin, terserlah aura mewah dan kecanggihan X9. Ia lengkap dengan unit infotainmen pusat bersaiz 17.3 inci, paparan instrumen digital 10.25 inci dan papar pandu (HUD) 21 inci yang jelas. 


XPeng-X9-EREV-Caricarz-(15).jpgXPeng-X9-EREV-Caricarz-(14).jpgXPeng-X9-EREV-Caricarz-(22).jpg


Barisan kedua dimuatkan dengan dua tempat duduk jenis graviti sifar dan skrin yang dipasang di bumbung, bersaiz 21.4 inci. Barisan ketiga pula diberikan tempat duduk dengan penyandar boleh laras serta boleh dilipat rata di samping fungsi flip-and-stow (lipat dan simpan) dengan pembahagian 4/6.


Teknologi Pintar & Keselamatan Canggih


XPeng-X9-EREV-Caricarz-(18).jpg


Kokpit pintar X9 EREV menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8295P. Varian Max menggunakan satu cip AI Turing dengan keupayaan 750 trilion operasi setiap saat (TOPS), manakala varian Ultra menampilkan tiga cip dengan kuasa lebih tinggi, 2,250 TOPS, yang menjadikan keseluruhan sistem kenderaan lebih canggih termasuk bantuan pemandu, infotainmen dan sistem kokpit pintar “Starship Universe”.


Struktur kenderaan diperkuatkan dengan teknologi die-cast depan dan belakang, keluli ‘kebal’ yang mampu menahan tekanan hingga 2,000 MPa. Selain itu, kenderaan ini juga memiliki kekakuan tork sebanyak 46,000 N·m/deg yang menjamin kestabilan badan kenderaan. Untuk melindungi penumpang, ia dilengkapi dengan sembilan beg udara. 


Dengan harga yang kompetitif, jarak perjalanan yang jauh, kehadiran sistem pengecasan pantas dan teknologi bantuan pemanduan maju, X9 EREV cukup menyerlah dalam lambakan model yang wujud di pasaran. 


Namun, persoalannya adakah X9 EREV akan muncul dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) lebih-lebih lagi untuk pasaran Malaysia, memandangkan pengecualian cukai untuk BEV bakal berakhir tidak lama lagi. Melihatkan daripada sejarah Xpeng yang tidak berlengah untuk menghasilkan versi RHD, kami tidak menolak kemungkinan model ini akan dibawa masuk ke negara kita tidak lama lagi. 

Baca: Spesifikasi Xpeng X9 Ultra – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

Tag:

Xpeng
Xpeng X9
Xpeng X9 EV MPV
Auto Guangzhou 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
Berita Auto

Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan

Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.

31-10-2025
EV

Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City

Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,

26-10-2025
EV

MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM

Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.

24-10-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025
Global

Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini

MPV flagship Xpeng, X9, yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV), kini dikhabarkan bakal muncul dengan versi trenkuasa baharu iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV).

10-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025

Berita Terkini

Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025