Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berita Baik, Harga Pas Bas.My Turun Kepada RM30 Sebulan, Maknanya, 1 Hari, Tambang Cuma RM1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Bas.My dalam urusan seharian mereka memandangkan harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan sekali gus membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had dengan kos serendah RM1 sehari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat rakyat, malah mampu menjimatkan RM200 hingga RM300 setiap bulan.

“Kita tahu ada yang tinggal di Kulai, Pasir Gudang atau kawasan luar Johor Bahru dan bergantung sepenuhnya dengan bas untuk ke tempat kerja. Dengan pas RM30 ini, mereka boleh berjimat besar.

“Inisiatif itu hanya terpakai untuk warga Malaysia, manakala bukan warganegara masih perlu membayar tambang penuh .Penurunan harga pas itu juga akan diperluaskan ke semua negeri yang mempunyai perkhidmatan Bas.My supaya lebih ramai rakyat menikmati manfaat sama,” katanya.

Setakat ini, perkhidmatan Bas.My beroperasi di Kangar, Perlis: Alor Setar, Kedah; Ipoh, Perak; Seremban, Negeri Sembilan; Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kelantan serta Kuching, Sarawak dan akan diperluaskan di Kuantan.



Gallery

Tag:

Ministry of Transport (MOT)
BAS.MY
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-01-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto

08-01-2026
Berita Auto

15-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

20-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026