Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Datuk Abdul Rashid Musa Kembali Ke Proton Sebagai Timbalan CEO

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_review_2025_Proton-X70_-12.jpg


Proton mengumumkan kemunculan semula satu nama besar dalam organisasi mereka, Datuk Abdul Rashid Musa, yang kini secara rasmi kembali menyertai Proton dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif baharu. Pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 November lalu.


Datuk Abdul Rashid Musa mengambil alih jawatan Timbalan CEO yang sebelum ini disandang oleh Roslan Abdullah, yang telah meninggalkan syarikat pada penghujung Mei tahun ini. Sejak itu, peranan tersebut dipangku sementara oleh Naib Presiden Strategi Korporat merangkap Pengarah Kanan Perolehan Teknikal Kumpulan, Ainol Azmil.


web_Datuk-Abdul-Rashid-Musa-Proton-Deputy-CEO.jpg


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Proton, Datuk Abdul Rashid Musa.


Kemunculan semula Datuk Abdul Rashid Musa disambut baik memandangkan beliau bukanlah wajah baharu dalam keluarga Proton kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Proton.


Beliau juga pernah memimpin Proton Edar sebagai CEO dan menyelia pelancaran model-model penting, termasuk pelancaran SUV Proton X70 pada tahun 2018, yang menjadi kejayaan kritikal Proton.


Sebelum kembali ke Proton, Datuk Abdul Rashid Musa bertanggungjawab menguruskan portfolio penting dalam konglomerat gergasi UMW Holdings Berhad. Di sana, beliau sempat menerajui bahagian aeroangkasa dan mengetuai inisiatif utama dalam mobiliti, inovasi dan pembangunan mampan organisasi tersebut. 


Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Proton meluahkan rasa berbesar hati untuk menerima kehadiran beliau, "Proton berbesar hati untuk menyambut kembali Datuk Abdul Rashid Musa. Kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam industri automotif Malaysia serta kefahamannya terhadap operasi syarikat akan memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi dan memperkukuhkan pertumbuhan syarikat."


Seperti mana Timbalan CEO sebelum ini, Datuk Abdul Rashid Musa akan melapor secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Li Chunrong.


web_MA_CariCarz_Proton-eMAS-5-launch_-7.jpg


Gambar memaparkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ainol Azmil (paling kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong (kedua dari kiri) semasa pelancaran Proton e.MAS 5 baru-baru ini.


Proton juga merakamkan penghargaan kepada Ainol Azmil atas khidmat beliau sebagai pengganti sementara. Ainol Azmil kekal dalam pengurusan tertinggi syarikat dengan meneruskan peranan sedia ada beliau sebagai Naib Presiden Strategi Korporat merangkap Pengarah Kanan Perolehan Teknikal Kumpulan.


web_MA_CariCarz_Proton-eMAS-5-launch_-6.jpgweb_2026-Proton-Saga.jpg


Kepimpinan Datuk Abdul Rashid Musa tiba tepat pada masanya, di saat Proton baru sahaja melancarkan kenderaan elektrik (EV) termurah Malaysia, iaitu Proton e.MAS 5, pada minggu lalu dan ketika syarikat sedang bersiap sedia untuk melancarkan model yang dinanti-nantikan ramai, Proton Saga 2026 serba baharu.

Tag:

Timbalan CEO Proton
Datuk Abdul Rashid Musa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian, Jangan Terpedaya Iklan Lesen Memandu Percuma, Tanpa Ujian, - JPJ

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang menggunakan nama dan gambar rasmi JPJ.

04-11-2025
Berita Auto

RTS Link JB-Singapura Bakal Siap Dis 2026, Mula Operasi Jan 2027

Kementerian Pengangkutan mengesahkan RTS Link Johor Bahru-Singapura dapat disiapkan mengikut jadual selepas struktur bangunan ketiga-tiga komponen utama projek berkenaan siap sepenuhnya.

04-11-2025
Berita Auto

Berita Baik, Harga Pas Bas.My Turun Kepada RM30 Sebulan, Maknanya, 1 Hari, Tambang Cuma RM1

Ada berita baik bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Bas.My dalam urusan seharian mereka memandangkan harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara diturunkan kepada RM30.

04-11-2025
Berita Auto

Tahniah Lebuhraya Malaysia Dapat Pujian Antarabangsa, Rakyat Perlu Terus Lapor Kerosakan Jalan

Kementerian Kerja Raya mendedahkan kualiti lebuh raya di negara ini menerima pujian antarabangsa selepas video konvoi kenderaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melalui lebuh raya tular di media sosial baru-baru ini.

03-11-2025
Berita Auto

Kerajaan Dengar Rintihan Pemandu E-Hailing, Nantikan Pengumuman Kuota Tambahan BUDI95

Kerajaan dijangka bakal mengumumkan penambahbaikan terhadap kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI MADANI (BUDI95) bagi pemandu e-hailing dalam tempoh terdekat.

03-11-2025
Berita Auto

Datuk Abdul Rashid Musa Kembali Ke Proton Sebagai Timbalan CEO

Proton hari ini mengumumkan kemunculan semula satu nama besar dalam organisasi mereka, Datuk Abdul Rashid Musa, yang kini secara rasmi kembali menyertai Proton dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

03-11-2025
Berita Auto

MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai

Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang bakal selesai dalam tempoh terdekat ini.

03-11-2025
Berita Auto

APAD Gantung Lesen Aeroline – Berulang Kali Langgar Arahan

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menggantung operasi syarikat bas ekspres, Zulco Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah jenama Aeroline, selama 30 hari bermula 6 November sehingga 5 Disember 2025.

03-11-2025