Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngimage.png

Selain Mazda BT-50 3.0T 4WD High Plus 2025,  Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3,  Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Untuk makluman anda, model ini ditawarkan dalam dua versi iaitu sedan dan hatchback (liftback). 

Varian baharu ini yang merupakan versi import sepenuhnya (CBU), dijual pada harga RM118,900 untuk kedua-dua versi sedan dan hatchback namun harga itu tidak termasuk insurans dan kos di jalan raya. 

image.pngimage.png

Malah, harga tersebut turut terdiri daripada waranti komprehensif 5 tahun atau 100,000 KM selain pakej penyelenggaraan secara percuma.

Bagi yang tidak tahu, versi aras kemasukan yang diperbaharui iaitu Mazda 3 ini sebenarnya menggantikan varian 1.5 Mid sebelum ini yang tidak dilengkapi dengan pelbagai ciri.

Walaupun menawarkan lebih banyak ciri, varian 1.5 High Plus baharu ini hadir ditawarkan pada harga agak rendah berbanding varian 1.5 Mid terdahulu yang dijual pada harga RM149,320.

image.png

Selain itu, bagi yang berminat tempahan untuk varian ini sudah dibuka oleh BAuto sejak Jun tahun ini. Apa yang menarik,  varian 1.5 High Plus ini hadir dengan pelbagai ciri, terutamanya dari segi ciri keselamatan i-Activesense ADAS jenama Mazda.

Antaranya seperti  Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan Cruising & Traffic Support (CTS), Smart Brake Support (SBS), Amaran dan bantuan kekal lorong (LDWS & LAS), Amaran lintasan trafik hadapan dan belakang (FCTA & RCTA), Pemantau titik buta (BSM) Lampu hadapan adaptif (AFS) dan kawalan lampu tinggi automatik (HBC).

Selain itu, fungsi keselamatan lain termasuk sembilan beg udara, fungsi Auto Hold, ABS dengan EBD dan BA, serta sistem kawalan kestabilan dan cengkaman (DSC & TCS).

Dari segi mekanikal, varian ini masih menggunakan enjin enjin petrol 1.5-liter Skyactiv-G 4-silinder suntikan terus dimana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 118 hp dan 153 Nm. Kesmeua kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive.

image.png

Menjengah b bahagian kabin, kedua-dua versi sedan dan hatchback menerima tahap kelengkapan yang sama. Misalnya, tempat duduk pemandu boleh laras elektrik dengan fungsi memori,nkawalan suhu dua zon automatik dengan corong udara belakang, kerusi kulit premium, Brek parkir elektronik (EPB) dan penukar gear pada stereng (paddle shifters).

image.pngimage.png

Malah, terdapat juga skrin infotainmen 10.25 inci dengan arahan suara, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta sistem audio 8 pembesar suara. Ia turut dilengkapi dengan skrin instrumen TFT warna penuh 7 inci, dan paparan kepala (HUD).

Tidak ketinggalan, dua port pengecasan USB-C, kamera undur, pad pengecas tanpa wayar, serta sistem kemasukan tanpa kunci dan butang mula enjin, disertakan sistem G-Vectoring Control Plus yang meningkatkan pengalaman pemanduan.

image.pngimage.png

Perbezaan utama antara dua versi ini hanyalah pada kapasiti ruang but  444 liter untuk sedan dan 295 liter untuk hatchback  serta warna dalaman dimana versi sedan tampil dengan tema hitam, manakala hatchback hadir dengan warna burgundy yang lebih menyerlah.

Ia hadir dengan lima pilihan warna luaran, termasuk warna ikonik Mazda, Soul Red Crystal.

image.png

Walaupun pasaran segmen ini agak perlahan kebelakangan ini, adakah anda fikir Mazda 3 baharu ini mampu menambat hati pembeli berbanding pesaing seperti Honda Civic dan Toyota Corolla? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen!

Gallery

Tag:

Mazda 3
2025 Mazda 3 1.5 High Plus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

03-06-2025
Berita Auto

21-04-2025
Kereta Baru

11-10-2023
Global

07-04-2023
Berita Auto

31-03-2023
Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026