Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hati-hati tukar tayar kereta!

Terbaharu, seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Kilometer 260.6, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah Selatan, dekat Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 dan sebuah motolori kontena jenis Volvo.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian pemandu Proton X50, iaitu seorang wanita berusia 31 tahun dalam perjalanan dari arah Gadong menghala ke Senawang.

"Apabila sampai di lokasi kemalangan, SUV dipandunya dipercayai mengalami kerosakan, tayar belakang sebelah kanan pancit. Pemandunya dikatakan memberhentikan motokar di lorong kecemasan.

"Bagaimanapun, ketika sedang menukar tayar, datang sebuah lori kontena yang dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun di lorong kiri dan dipercayai bergesel dengan pemandu kereta itu," katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan ini, pemandu SUV yang mengalami kecederaan parah di anggota badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, individu  yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Gallery

Tag:

kemalangan maut
Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.

04-02-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

2 Maut Dirempuh Mercedes

Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, semalam.

21-01-2026
Berita Auto

DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026
Berita Auto

Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun.

04-02-2026
Berita Auto

Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.

04-02-2026
Berita Auto

Lari Daripada Polis Sebab Ada Dadah, Nyawa Pula Melayang!

Seorang wanita disyaki pengedar dadah maut, manakala rakannya parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Kedah.

04-02-2026