Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

image.pngimage.png

Sebelum dibawa masuk ke Malaysia, BYD Shark ini sebenarnya sudah didedahkan di Thailand namun malangnya, jualannya terpaksa ditangguhkan memandangkan sasaran tempahan tidak mencapai 500 unit.

image.png

Berdasarkan media tempatan di Thailand, tempahan model ini terpaksa dibatalkan disebabkan harganya. Di Thailand, Shark 6 PHEV  dijual pada harga 1.7 juta baht (sekitar RM221,000), dimana harganya dilihat agak mahal berbanding pesaing terdekatnya seperti Toyota Hilux dan beberapa trak pikap lain.

Susulan itu, ia dibawa ke Malaysia  hari ini kerana model trak pikap ini dilihat  antara model yang diminati rakyat Malaysia.

image.png

Dari segi dimensi, BYD Shark PHEV ini  berukuran 5,457mm (panjang),  lebar 1,971mm, (tinggi) 1,925mm manakala jarak roda pula 2,920mm.  Ia yang seberat  2,710kg dikatakan mempunyai kapasiti tunda sehingga 2,500kg.

Mengenai trenkuasanya, trak pikap ini yang disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder turbo mampu menghasilkan kuasa setakat 321kW (430hp) dan tork 650Nm . Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.7 saat.

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai pengecasannya, ia menyokong pengecasan AC 7 kW atau pengecasan pantas DC sehingga 55 kW. Untuk itu, bateri boleh dicas dari 30-80% hanya dalam masa 25 minit. Ia juga didatangkan dengan  fungsi V2L 3.3 kW.

BYD mendakwa sehingga 54% daripada badan Shark 6 dibina menggunakan keluli berkuatan tinggi. Syarikat itu turut menambah bahawa pek bateri LFP ‘Blade’ berkapasiti 30 kWh yang terletak di lantai kabin berkembar berfungsi sebagai komponen struktur, menyumbang sehingga 38% kepada ketegaran struktur trak tersebut.

Malah, unit pacuan sebelah kanan (RHD) yang kami tinjau hari ini agak besar dan didatangkan dengan tayar bersaiz 18 inci.

Kami juga ingin menambah bahawa ia menawarkan kapasiti ruang kargo rata (flatbed) seluas 1,450 liter iaitu lebih besar berbanding angka 1,233 liter milik Ford Ranger.

image.png

Bagi jarak perjalanan pula, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 100 KM manakala jarak gabungan petrol-elektrik mencecah 840 km. Selain itu, BYD turut mendakwa angka penggunaan bahan api purata yang sangat rendah iaitu 2.0 liter/100 KM.

Melihat kepada angka tersebut, ia mungkin mampu menawan hati pembeli yang menginginkan trak pikap yang menjimatkan kos.

image.png

SARAT DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN

Seperti kebanyakan produk “premium” dan elektrik dari China yang dijual di pasaran tempatan, BYD Shark 6 juga hadir dengan pelbagai teknologi dan kemudahan canggih.

Antaranya seperti skrin sentuh  infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci, paparan instrumen digital 10.25 inci, serta sistem kawalan suhu dwi-zon automatik dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Seperti kenderaan buatan China yang lain, BYD Shark 6 turut dilengkapi sistem bantuan ADAS yang membolehkan tahap pemanduan separa autonomi yang tinggi. Antara sistem yang disertakan ialah kawalan jelajah adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan kekal lorong (LKA), pemantauan titik buta (BSM), serta sistem kamera 360 darjah.

image.png

Apa pula pandangan anda mengenai BYD Shark 6 ini? Kongsikan pendapat anda!



Gallery

Tag:

BYD Shark 6
BYD SIME MOTORS
BYD Shark PHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto

BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!

Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, hari ini mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit.

10-12-2025
Berita Auto

Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET

Grab Malaysia kini mempergiat usaha untuk memperkasakan komuniti pemandunya menerusi kerjasama strategik bersama GIATMARA dan BYD Sime Motors.

09-10-2025
EV

BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu

Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.

07-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026