Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MOT Adakan Mesyuarat Bincang 3 Insiden: Limpahan Air Di KLIA 1, Letupan Kontena, Tren Terlajak

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan (MOT)  telah membincangkan secara terperinci tiga insiden yang berlaku baru baru ini.

Tiga kejadian itu adalah  limpahan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), letupan kontena di Pelabuhan  Tanjung Pelepas (PTP), dan tren terlajak di Stesen Keretapi Butterworth. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, limpahan air hujan di Terminal 1 KLIA berlaku ketika  kerja-kerja kalis  air (waterproofing) dijalankan di bumbung utama bangunan terminal.

image.png

Projek itu dijalankan oleh kontraktor Teras Budi Resources Sdn Bhd di bawah kontrak bernilai RM5.27 juta dengan tempoh kontrak dari 15 April 2025 hingga 14 April 2026.

image.png

Susulan kejadian tersebut, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengeluarkan  arahan henti kerja (stop-work order) bagi membolehkan siasatan dalaman dilaksanakan  dan tindakan pembetulan diambil serta-merta. 

"Saya turut mengarahkan MAHB untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor di atas kecuaian yang menyebabkan insiden tersebut. 

Mengenai kejadian letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pula, beliau berkata,  letupan itu berlaku  di atas sebuah kapal ketika kerja pemunggahan dijalankan pada 7 November lalu.

Kejadian itu mengakibatkan tiga kematian dan tiga lagi cedera.

image.png

"Pasukan petugas akan meneliti keseluruhan aspek operasi, pematuhan keselamatan serta mekanisme pengendalian kargo berbahaya.

"Sementara itu, pada 8 November, satu set tren komuter kosong telah terlajak hingga hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth.

"Pasukan petugas akan menilai punca insiden serta keperluan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk itu, MOT menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor dan insiden tren komuter terlajak di Stesen Butterworth, Pulau Pinang.

Penubuhan dua pasukan itu ditubuhkan bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Gallery

Tag:

Ministry of Transport (MOT)
Letupan Kontena
Limpahan air KLIA 1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak

Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

27-01-2026
Berita Auto

Institut Memandu Tidak Bergantung Dengan Kereta Manual Proton, Perodua

Kementerian Pengangkutan menyifatkan pelaksanaan latihan dan ujian memandu di insitusi memandu tidak terikat kepada penggunaan kereta manual keluaran tempatan sahaja.

22-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Menteri Jelaskan Laporan Media Mengenai Tak Bayar Saman, Tak Layak Dapat Subsidi BUDI95

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan saman tertunggak sebenarnya tidak akan menjejaskan orang ramai daripada menikmati kelayakan subsidi BUDI95.

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026