Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aeroline-IG-pic-e1761983224577-(1).jpg


Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia, di mana undang-undang sedia ada gagal ‘menyesuaikan diri’ dengan keperluan bandar yang sentiasa berubah, lapor New Straits Times.


Peraturan Lapuk


Pakar dasar pengangkutan, Wan Agyl Wan Hassan, menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap Aeroline adalah wajar dan berasaskan undang-undang. Namun, ia menyerlahkan bagaimana peraturan yang sedia ada gagal bergerak seiring dengan realiti bandar semasa.


Wan Agyl menjelaskan bahawa apabila syarat pematuhan terlalu tegas tetapi situasi di bandar sentiasa berubah, pengendali yang berniat baik pun boleh melakukan kesalahan teknikal.


Polisi ‘Terminal Sahaja’ Tidak Lagi Praktikal



Wan Agyl mengkritik dasar "terminal sahaja" Malaysia yang mewajibkan bas ekspres beroperasi dari terminal tetap, yang kini tidak relevan dengan landskap bandar moden. 


Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terletak 13 km dari pusat bandar, menyebabkan penumpang memerlukan hampir sejam untuk ke KLCC atau Bukit Bintang. Beliau menggesa sistem seimbang yang menghubungkan terminal utama dengan zon kerbside terurus menggunakan pengawal, petak khas, dan had masa pemunggahan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman.


“Memang benar Aeroline telah menerima beberapa amaran sebelum tindakan diambil, namun dasar baharu pada masa akan datang perlu lebih menekankan kepada pendekatan pemulihan yang berstruktur serta proses pensijilan semula yang lebih telus,” katanya.


Aeroline Memudahkan Penumpang


574412163_10162389175903597_3725694132802867904_n-(1).jpg


Presiden 4PAM, Ajit Johl, menegaskan peraturan yang dibuat haruslah mempertimbangkan kemudahan dan aksesibiliti. Aeroline beroperasi di lokasi utama seperti Hotel Corus berhampiran KLCC dan 1 Utama untuk memudahkan pengguna. 


“Dari sudut pengurusan trafik, kami faham niat kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di sekitar KLCC dengan menumpukan operasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).


“Namun, kami dimaklumkan bahawa TBS kini hampir mencapai kapasiti maksimum. Jika Aeroline, sebuah pengendali berfrekuensi tinggi, dipindahkan ke sana, ia mungkin memburukkan lagi kesesakan dan menjejaskan kecekapan operasi,” katanya.


571358092_1246659444156295_2973851986010127125_n.jpg


Beliau menggesa pihak berkuasa mencari penyelesaian seimbang. Walaupun "undang-undang tetap undang-undang," diharapkan penggantungan dapat ditarik balik sementara perbincangan dijalankan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan semua pihak. 


Penumpang setia Aeroline kecewa dengan penggantungan perkhidmatan bermula 6 November hingga 5 Disember 2025 dan berharap isu ini diselesaikan segera demi kemudahan mereka.

Sumber: NST

Tag:

Aeroline
Penggantungan Aeroline
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

12-04-2023
Berita Auto

03-04-2023
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026