Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Tiket ETS Untuk Raya 2026 Sudah Mula Dijual

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png 

Walaupun umat Islam akan menyambut Hari Raya pada Mac tahun depan namun pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah pun mula menjual tiket  perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity, bermula hari ini.

Selain tiket musim perayaan, KTMB turut menjual tiket perjalanan dari 1 Januari hingga 30 April 2026.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, jualan tiket itu melibatkan tempoh perjalanan musim perayaan, cuti umum dan cuti sekolah bagi memberi peluang kepada penumpang merancang perjalanan ke kampung halaman atau destinasi percutian mereka lebih awal.

KTMB turut memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2026, perkhidmatan tren ETS dan KTM Intercity kecuali Shuttle Tebrau akan menggunakan jadual waktu baharu.

“Bagi perkhidmatan ETS, sebanyak 34 perkhidmatan harian disediakan manakala dua perkhidmatan tambahan bagi sektor Kluang-KL Sentral-Kluang akan beroperasi pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, menjadikan keseluruhan 36 perkhidmatan sehari.

“Sementara itu, KTM Intercity yang merangkumi Ekspres Rakyat Timuran (ERT) dan Shuttle Timuran (ST) akan menggunakan jadual baharu melibatkan 16 perkhidmatan harian terdiri daripada dua perkhidmatan ERT dan 14 perkhidmatan ST menggunakan tren DMU,” katanya.

KTMB turut memaklumkan bagi perkhidmatan Ekspres Selatan di sektor JB Sentral-Gemas-JB Sentral pula, jualan tiket ditangguhkan sementara dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.


Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
perkhidmatan tren elektrik (ETS)
KTM intercity
Aidilfitri 2026
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Berita Auto

08-01-2026
Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Berita Auto

15-12-2025
Berita Auto

12-12-2025
Berita Auto

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026