Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo sebelum dilancarkan secara rasminya pada suku pertama, tahun depan.

Kedua-dua unit pratonton ini dibawa masuk oleh  Central Auto Distributors Berhad (CADB).

Dongfeng Vigo yang merupakan sebuah SUV elektrik kompak dijangka akan dijual sekitar RM100,000.

Model ini direka untuk kegunaan harian, dan disumbat dengan bateri berkapasiti LFP 51.87 kWh dan terdapat motor hadapan dimana ini membuatkan ia mampu memghasilkan kuasa setakat 133 hp dan 230 Nm. Model ini menawarkan jarak  350 KM mengikut WLTP.

image.pngimage.png

Dongfeng Vigo ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 167 kW manakala pengecasan AC berada pada 7 kW. Menjengah luarannya, ia hadir dengan  lampu hadapan LED adaptif, pintu but jenis elektrik dan dipasang dengan rim 18 inci. 

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, Vigo hadir dengan pelbagai ciri seperti skirn infotainmen bersaiz  12.8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, terdapat kluster digital 8.88 inci, tempat duduknya pula hadir dengan fungsi pemanas, ada pengecasan tanpa wayar serta pencahayaan ambien dan banyak lagi.

Mengenai ruang butnya, ia seluas 500 liter.

image.pngimage.png

Mengenai ciri-ciri keselamatannya, ia hadir dengan sistem ADAS dimana terdapat Brek Kecemasan Autonomi, bantuan kekal lorong, sistem kamera  540 darjah dan banyak lagi.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Sementara itu,  Dongfeng 007 pula merupakan dijangka akan dijual ekitar RM130,000. Ia sudah pun membuat penampilan secara global baru-baru ini.  

image.png

Difahamkan, ia akan hadir dengan tiga varian iaitu AWD Performance, serta dua pilihan RWD — Premium dan Prestige. 

Berdasarkan varian, masing-masing hadir denga kapasiti bateri antara 58.35 hingga 73.48 kWh, dengan jarak CLTC antara 550 hingga 650 KM. Semua varian  menyokong pengecasan DC 200 kW.

Varian Performance ini  menghasilkan kuasa setakat 544 hp dan tork 620 Nm. Ia mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 3.9 saat. Malah varian Premium juga boleh tahan kerana ia pula menghasilkan kuasa  268 hp manakala ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.8 saat.

image.png

Bagaimanapun, varian Prestige pula sedikit berbeza. Varian ini agak mampu milik dan menghasilkan kuasa setakat  133 hp tetapi tetap mengekalkan jarak pemanduan yang sama. Ia adalah sebuah model yang menumpukan kepada prestasi dan juga  keselesaan pemanduan.

image.pngimage.png

Mengenai kabinnya, ia menggabungkan susun atur minimalis dengan sentuhan premium seperti kulit vegan, skrin infotainmen 15.6 inci,ada sambungan  CarPlay/AA tanpa wayar, tempat duduk berkuasa untuk pemandu dan penumpang, serta sistem audio WANOS 19 pembesar suara bagi varian lebih tinggi.

Ia juga hadir dengan cermin tanpa bingkai, bumbung panoramik dan pemegang pintu jenis  rata  yang sebenarnya menyerlahkan lagi  identiti premiumnya manakala  ruang but pula seluas  1,026 liter.

image.pngimage.png

Pendek kata, Vigo dan 007 mewakili usaha CADB untuk untuk meletakkan  Dongfeng sebagai pencabar kepada EV lain. Dengan model BOX kompak yang telah dilancarkan pada 2024, pratonton ini menyerlahkan strategi barisan produk lebih lengkap  daripada EV bandar mampu milik hingga model prestasi elektrik berkuasa tinggi.

image.pngimage.png

Harga penuh dan spesifikasi akan disahkan semasa pelancaran rasmi nanti termasuk rancangan pemasangan tempatannya namun pratonton awal ini sudah pun meletakkan Dongfeng sebagai jenama  yang perlu diperhatikan memandangkan  EV Malaysia kini melangkaui era bebas cukai.


Gallery

Tag:

Dongfeng 007
Dongfeng Vigo
Dongfeng Cars
Dongfeng Cars Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

29-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026