Link Copiedcheck_circle
Global

Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Porsche telah membatalkan rancangan untuk menjadikan generasi baharu 718 Cayman dan Boxster sepenuhnya elektrik, kerana kedua-dua model ini  akan dijual dengan versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menurut Autocar UK, sumber dalaman di pusat kejuruteraan Porsche di Weissach menyatakan bahawa versi ICE bagi generasi baharu 718 akan dibangunkan berdasarkan seni bina Premium Platform Electric (PPE) Sport yang sama seperti kembarnya yang berkuasa bateri elektrik. 

Memandangkan PPE dibina khusus untuk EV, jurutera Porsche dikatakan perlu melakukan kejuruteraan "terbalik" untuk menyesuaikannya dengan susunan enjin tengah bagi 718 baharu.

image.pngimage.png

Menerusi  generasi baharu 718 yang hadir dalam versi ICE dan EV, Porsche mahu  memastikan kecekapan pengeluaran yang maksimum. Ini kerana langkah itu dlihata  akan menjadi salah satu perubahan paling radikal dalam sejarah trenkuasa pengeluar kereta itu.

Untuk itu, generasi baharu 718 akan mengikuti jejak langkah Macan baharu, yang sebelum ini dijadualkan untuk menjadi sepenuhnya elektrik sebelum Porsche menukar rancangan untuk menyertakan versi pembakaran dalaman.

Namun begitu, versi 718 berasaskan PPE Sport ini sedikit berbeza daripada versi 718 spesifikasi tertinggi. Autocar UK menyatakan bahawa 718 spesifikasi tertinggi dijangka hanya menjadi kesinambungan bagi 718 RS dan GT4 RS generasi semasa, di mana ia akan berada di atas versi 718 EV baharu.

Walaupun ia kedengaran mudah, namun ia adalah satu tugasan yang mencabar buat pihak kejuruteraan dimana , dengan pengeluar kereta itu menegaskan bahawa versi pembakaran dalaman mesti mencapai tahap prestasi dan dinamik yang setara dengan kembarnya.

image.png

Memandangkan platform menggunakan lantai rata dengan pek bateri sebagai sebahagian daripada anggota penahan tekanan, penyingkiran bateri untuk versi ICE akan melemahkan seluruh kerangka badan, terutamanya bagi versi bumbung terbuka.

Jadi jurutera Porsche akan menjadikan sebahagian lantai struktur baharu yang boleh dipasang pada titik keras  manakala dinding belakang dan subframe juga akan direka semula untuk menyokong enjin dan transmisi.

Bercakap tentang enjin, Porsche sebelum ini mendapati bahawa enjin flat-six ‘Boxer’ 4.0-liter naturally-aspirated semasa mereka tidak akan mematuhi standard emisi Euro 7 yang ketat.

image.png

Namun begitu, pengeluar kereta itu belum memutuskan enjin mana yang akan digunakan pada 718 baharu.


Gallery

Tag:

Porsche 718 Cayman
Porsche
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Porsche 911 Carrera S 2025 Kini Lebih Berkuasa – 473 HP, Tiada Versi Manual

Pengeluar kereta sport mewah Jerman, Porsche, membuka tirai tahun baharu dengan pengenalan varian terkini bagi model generasi 992.2, iaitu Porsche 911 Carrera S 2025. Model ini diberikan pelbagai peningkatan dalam aspek mekanikal dan rekaan.

11-01-2025

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026