Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa gambar bocor daripada Autohome dan CarNewsChina yang mendedahkan trak pikap baharu Chery, Jetour F700 baru-baru ini.

Melihat luarannya, trak pikap ini kelihatan lasak namun  F700 mengekalkan bahasa rekaan berkotak dan dijangka hadir dengan rangkaian kuasa hibrid plug-in, walaupun butiran mengenai enjinnya  masih belum disahkan.

Sekilas pandang, Jetour F700 kelihatan agak mirip dengan Jetour G700 kerana ia hadir dengan  lampu nyalaan siang LED berbentuk segi empat, gril lebar bersegi selain bamparnya jenis off-road.

image.png

Rangka trak pikap ini yang berada di kedudukan tinggi jelas menunjukkan ia sebuah trak pikap tegap, sasa dan agak sama dengan pesaing domestiknya, BYD Shark 6.

Menjengah bahagian  kabinnya, F700  kelihatan banyak meniru susun atur G700.

image.pngimage.png

Ini kerana kemasan papan pemuka jenis bersegi,  didatangkan dengan skrin infotainmen terapung 15.6 inci serta skrin panoramik 35.4 inci yang merentangi keseluruhan papan pemukanya.

Pendek kata, hasil gabungan estetika lasak dengan teknologi kabin canggih,merupakan satu trend baharu dalam kalangan model off-road generasi baharu dari China.

Sumber berita daripada laman berita tempatan turut mendedahkan   bahawa F700 mungkin menggunakan sistem hibrid plug-in Kunpeng CDM-O Jetour, yang menggabungkan enjin 2.0TD khusus hibrid dengan motor elektrik. 

image.png

Bertebaran pula spekulasi yang mengatakan bahawa model ini dianggarkan sekitar AS$46,300 (RM190,000).

Walaupun F700 dijangka akan dilancarkan di China terlebih dahulu, namun wujud pula persoalan adakah ia akan dijual di pasaran versi pemanduan sebelah kanan  (RHD) seperti Thailand, Australia dan berpotensi Malaysia.

Ini kerana kadar penerimaan EV yang semakin meningkat di Malaysia serta peranan Thailand sebagai pasaran pikap utama dilihat  membuka ruang untuk kemasukan hibrid baharu. Maka, ada kemungkinan Jetour emilih untuk meneroka rantau ini dengan membawa masuk trak pikap terbaharunya. 


Gallery

Tag:

Chery Jetour F700
Chery
Trak pikap Hibrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Kereta Baru

Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.

21-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025
Global

Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.

21-10-2025
Global

Omoda C5 Baharu Dipertontonkan Di China – Perubahan Drastik, Lebih Futuristik

Hanya beberapa bulan selepas versi kemas kini Omoda C5 dilancarkan di pasaran China, versi baharu model SUV crossover sporty ini telah dipamerkan dalam acara besar yang kini sedang berlangsung, Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.

21-10-2025
Global

Chery Super Hybrid Terbukti Sistem Hibrid Tercanggih, Ekspedisi 20,000 KM Berakhir

Acara Chery Super Hybrid Endless Horizons Global Endurance Drive secara rasmi melabuhkan tirainya selepas pusingan terakhir dengan perjalanan sejauh 1,400 kilometer dibuat dari Taiyuan, Shanxi, ke ibu pejabat Chery International di Wuhu.

17-10-2025
Global

Chery Tiggo 7 & 8 PHEV CSH Capai Euro NCAP 5 Bintang Selepas Penambahbaikan

Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV CSH akhirnya berjaya memperoleh penarafan lima bintang penuh dalam ujian keselamatan Euro NCAP.

17-10-2025

Berita Terkini

Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
Global

Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

Trump mengumumkan kelulusan segera bagi pengeluaran kereta kecil di negara itu, selepas mengamati populariti model seumpama itu dalam lawatannya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan beberapa negara lain, baru-baru ini.

05-12-2025