- Berita
- Tips
- Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Kualiti udara dan jarak penglihatan merosot susulan jerebu teruk yang melanda Kuala Lumpur, hari ini.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan di Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor berada dalam kategori tidak sihat.
Untuk itu, para pemandu diseru agar lebih berwaspada bagi mengelakkan risiko kemalangan di jalan raya.

Berikut adalah panduan penting keselamatan memandu dalam keadaan jerebu tebal untuk perlindungan anda dan keluarga.
Nyalakan Lampu Utama, Elak Gunakan Lampu Hazard Gunakan lampu utama (low beam) atau lampu kabus (fog lamp) untuk membantu pemandu lain melihat kenderaan anda.
Jangan sesekali menyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light) ketika kenderaan sedang bergerak. Ini boleh mengelirukan pemandu di belakang yang mungkin menyangka kereta anda sedang berhenti.
Kekalkan Jarak Selamat Antara Kenderaan Jarak penglihatan yang terhad mengurangkan masa tindak balas anda jika kenderaan di hadapan brek secara mengejut.
Dua kali ganda jarak pemanduan biasa untuk memberi ruang brek yang selamat. Elak memotong kenderaan lain secara melulu dalam keadaan jerebu tebal.
Tukar Mod Udara Kereta ke 'Recirculation' Pastikan sistem pendingin udara kereta anda ditetapkan pada mod peredaran semula udara dalaman (recirculation mode).
Langkah ini menghalang udara kotor dan asap jerebu dari luar masuk terus ke dalam kabin kereta. Periksa juga penapis kabin (cabin filter) anda berada dalam keadaan bersih.
Perlahankan Kelajuan Kenderaan Anda Pandu pada kelajuan yang betul dan konsisten mengikut tahap penglihatan semasa di jalan raya.
Jika jarak penglihatan terlalu kritikal, cari kawasan selamat seperti hentian sebelah atau stesen minyak untuk berhenti seketika sehingga keadaan pulih.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

