Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Ludah Di KL Mulai Esok, Denda RM2,000 Menanti Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Jangan meludah sesuka hati di Kuala Lumpur mulai esok!

Ini kerana bermula  1 Januari ini, sesiapa sahaja yang membuang sampah dan meludah di tempat awam di sekitar ibu kota, bakal dikenakan tindakan kompaun sehingga RM2,000 selain Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Nor Halizam Ismail, berkata sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), DBKL akan mempergiat penguatkuasaan menerusi operasi antipembuangan sampah dan operasi larangan meludah yang dijalankan secara berkala di seluruh Kuala Lumpur.

Ia khususnya di kawasan tumpuan pelancong, bagi mengekang sikap buruk warganegara dan pelancong yang sering membuang sampah kecil seperti puntung rokok dan botol minuman di tempat awam, selain meludah di kawasan pejalan kaki yang bukan sahaja mengotorkan tempat, tetapi turut mencemarkan imej negara.

"Kompaun yang kita keluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kesalahan yang dilakukan. "Tujuan kita bukan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya ingin mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang kita kongsi bersama," katanya semasa menjadi tetamu di rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, di sini hari ini.

Gallery

Tag:

Ludah
JKAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto
RON95 Terendah Di Dunia

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan  RM169 Juta Sebulan?

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026