Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan jualan kenderaan  mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas disebabkan kempen promosi agresif serta peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) menjelang tamat pengecualian cukai.

MAA berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi November 2025 adalah sebanyak  72,509 unit dimana angka itu dlilhat meningkat 5.5 peratus berbanding 68,749 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan itu disumbangkan terutamanya oleh segmen kenderaan penumpang (PV) yang mencatat jualan sebanyak 67,308 unit, naik 5.8 peratus berbanding November 2024, manakala jualan kenderaan komersial (CV) turut meningkat satu peratus kepada 5,201 unit.

BERIKUT ADALAH DATA JUALAN KERETA:

image.png

MAA mendakwa, prestasi positif jualan November adalah disebabkan kesinambungan kempen promosi agresif yang dilancarkan pengeluar dan pengedar sejak Oktober lalu, selain fenomena pembelian pantas kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

"Pengguna dilihat mempercepatkan pembelian EV susulan pengumuman Belanjawan 2026 berhubung penamatan pengecualian cukai bagi EV CBU menjelang akhir Disember tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Dari segi pengeluaran, industri automotif menghasilkan 62,829 unit kenderaan pada November 2025, meningkat dua peratus berbanding 61,462 unit dalam tempoh sama tahun lalu, disokong oleh peningkatan pengeluaran kenderaan penumpang.

Bagi tempoh kumulatif Januari hingga November 2025, jumlah jualan mencecah 727,836 unit, sedikit rendah berbanding 736,317 unit yang direkodkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, untuk bulan ini, MAA menjangkakan momentum jualan yang kukuh akan berterusan, berikutan promosi akhir tahun serta permintaan berterusan terhadap EV menjelang tarikh tamat insentif cukai.

Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026