Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Pertimbang Beli Kilang RM500 Juta Tan Chong Motor Di Rawang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TCM.JPG


Laporan daripada Nanyang Business Daily mendakwa Perodua sedang mempertimbangkan tawaran bernilai RM500 juta untuk membeli kilang pemasangan kenderaan Tan Chong Motor Holdings di Rawang. Langkah strategik ini dilihat sebagai ‘jalan keluar’ buat Perodua yang kini sedang ‘sesak’ ekoran permintaan luar biasa terhadap kereta keluarannya. 


Mengapa Perodua Berminat Dengan Kilang Tan Chong?


TCSAT-(34)-full.jpg


Perodua kini berdepan dengan masalah ‘manis’ iaitu permintaan yang melebihi kapasiti pengeluaran. 


Kilang sedia ada Perodua sudah beroperasi pada tahap penuh iaitu 320,000 unit setahun, namun sasaran jualan tahun ini melonjak sehingga 359,000 unit.


Model seperti Bezza sahaja mencatatkan jualan sekitar 100,000 unit setahun, menyebabkan Perodua terpaksa mencari ruang pengeluaran tambahan di luar fasiliti sedia ada.


Caricarz-MBA-Perodua-Traz-Preview-51.jpg


SUV baharu Perodua, Traz


Pengambilalihan kilang ini dianggap kritikal bagi menyokong momentum pelancaran model-model terbaru Perodua iaitu SUV Traz yang baru dilancarkan minggu lalu dan kenderaan elektrik (EV) QV-E pada 1 Disember lalu. 


Di peringkat awal, pengeluaran bagi Perodua QV-E ditetapkan pada 500 unit sebulan, namun Perodua merancang untuk melonjakkannya kepada lebih 3,000 unit sebulan dalam masa terdekat.


Juga Menarik: Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"


Sejauh Mana Kerjasama Antara Perodua Dan Tan Chong Setakat Ini?


web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-30-(1).jpg


EV pertama keluaran Perodua, QV-E


Sebelum timbul isu pembelian kilang, kedua-dua syarikat sudah pun membuat kerjasama teknikal. Laporan The Edge menyebut Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) telah menandatangani Surat Hasrat (LoI) untuk menyewakan sebahagian kemudahan di kilangnya bagi tujuan pemasangan EV QV-E.


TCMA juga akan menyediakan salutan electro deposition (ED) yang berfungsi untuk mencegah hakisan pada komponen EV, selain khidmat mengecat. 


Kedudukan kilang Tan Chong juga cukup strategik bagi Perodua, kerana terletak hanya kira-kira 3 km atau 10 minit pemanduan dari ibu pejabat Perodua di Sungai Choh, Rawang.


Apakah Situasi Tan Chong Sehinggakan Kilang Bakal Dijual?


Di sebalik kejayaan Perodua, kumpulan Tan Chong pula sedang bergelut dengan prestasi jualan yang agak hambar, menyebabkan kilang mereka di Rawang dan Segambut tidak digunakan sepenuhnya.


Penganalisis menganggarkan kapasiti keseluruhan Tan Chong adalah sekitar 65,000 unit, namun jualan jenama Nissan yang tidak begitu memberangsangkan menyebabkan kilang tersebut agak ‘sunyi’.

Juga Menarik: Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Tag:

Tan Chong Motor Holdings
Tan Chong Motor Holdings (TCMH)
Perodua
Kilang Nissan Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026