ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-12.12.38.jpeg

Perodua baru sahaja mengumumkan harga kenderaan elektrik pertama mereka cuma berharga RM80,000 dan ia cuma didatangkan dengan satu varian. Lebih mengejutkan, tiada sebarang diskaun untuk tempahan awal!

Bagaimanapun, sebelum pelancaran hari ini, penulis sudah pun memandu uji kenderaan elektrik pertama Perodua, QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, kira-kira dua minggu lepas.

Melihat sahaja luarannya, penulis sebenarnya tidak teragak-agak dengan keupayaan EV pertama Perodua ini kerana rupa parasnya sudah menunjukkan ia sebuah EV yang tidak akan menghampakan si pemiliknya.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-18.43.35-(1).jpeg

Nyata sangkaan saya itu tidak salah sebaik sahaja saya dapat memandu uji QV-E. Walaupun tidak sampai 10 minit, saya dapat merasakan pemanduannya cukup selesa dan yang penting, walaupun hanya menggunakan mod pemanduan Eco, saya sudah dapat merasakan EV Perodua ini sebenarnya memang ada power!

Menerusi sesi pandu uji di litar Sepang, pihak media diberikan peluang untuk menelusuri laluan slalom. Bagi saya, ujian di slalom menunjukkan maklum balas stereng yang diberikan agak meyakinkan. Biarpun, ia  kelihatan besar dan tinggi, namun setakat nak mencilok di bandar atau keluar masuk ruang parkir, memang tiada masalah.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.10.45.jpegWhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.10.48-(1).jpeg

Selain itu, saya juga sempat menikmati mod pemanduan Eco, Normal dan Sport. Memang tidak dinafikan, walaupun sekadar menggunakan mod Eco, ia tetap menunjukkan taring sebenarnya!

Pendek kata, walaupun anda menggunakan mod sekadar Eco, Normal, ia tetap menawarkan kelajuan yang tidak akan mengecewakan anda. Namun ketika menguji di mod pemanduan Sport, saya akui ia cukup lincah di laluan litar Sepang tetapi sterengnya terasa sedikit berat.

Pada hemat saya, Perodua QV-E  adalah sebuah kereta EV yang serba boleh dan mampu menawarkan pemanduan dengan cukup baik walaupun di jalan raya biasa mahupun laluan yang mencabar.

Namun yang penting anda tidak boleh melenjannya macam kereta sports.

Pendek kata, QV-E boleh menjadi teman harian  untuk anda berulang alik ke tempat kerja, menggunakannya untuk urusan harian termasuk untuk perjalanan jauh.

LUARAN NAMPAK PREMIUM

Selain pandu uji, menjengah bahagian luarannya, reka bentuk Perodua QV-E wajar dipuji kerana ia kelihatan cukup premium. Ini kerana sekilas pandang, ia seolah-olah kereta konsep dan ada juga iras seperti Honda CH-R.

Jika mengamati dengan lebih dekat, ia dipasang dengan lampu jenis bersegi dimana ia akan menjadi lampu isyarat kiri dan kanan serta lampu projektor.

social_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-10.jpgsocial_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-7.jpg

Bagaimanapun, ia tidak seperti EV lain kerana ia tidak hadir dengan frunk hadapan kerana Perodua QV-E adalah EV jenis pacuan hadapan. 

Sementara itu, Perodua QV-E ini juga hadir dengan pemegang pintu jenis tersembunyi dan untuk membuka pemegangnya, ia sedikit pelik kerana anda perlu menekan dari arah belakang.

Malah, ia juga hadir tanpa gril yang sememangnya sudah sinonim dengan mana-mana EV lain.

Melihat bahagian sisinya, ia didatangkan dengan rim aloi sebesar 18 inci dimana ia adalah antara rim terbesar yang pernah digunakan oleh Perodua setakat ini. 

KABIN SEMPURNA

Ketika mahu melangkah masuk ke bahagian tempat penumpang belakangnya, penulis stuck seketika kerana tercari-cari pemegang pintunya, rupa-rupanya ia tersorok macam kereta Honda CH-R. Sebaik melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia menawarkan rekaan cukup moden dan minimalis.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.10.49.jpeg

Apabila melabuhkan punggung ke kerusi pemandu, kerusinya boleh dilaraskan secara automatik manakala melihat bahagian papan pemukanya, Perodua sebenarnya menawarkan pelbagai ciri menarik yang sememangnya cukup memadai dengan harga yang ditawarkan.

Apa tidaknya, ia hadir dengan skrin instrumen 10-inci, skrin infotainmen sebesar 10.25-inci yang turut menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Yang agak menarik ialah anda boleh mengubah tetapan penghawa dinginnya dengan menggunakan butang fizikal.

Bagi yang sudah biasa yang menggunakan butang-butang fizikal, ciri ini mungkin akan membuatkan anda berpuas hati. Satu lagi, ini mungkin kali pertama Perodua menggunakan tombol gear jenis bulat untuk menukar gear.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.18.20-(1).jpegWhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.18.19.jpeg

Bagi saya, kabinnya agak luas namun ia mungkin bergantung kepada saiz badan penumpangnya. Jika anda mempunyai ketinggian cuma 157 sentimeter dan seberat 57 kilogram, mungkin ia tidak menjadi masalah besar untuk anda.

Selain itu, terdapat juga perehat tangan dengan tempat letak cawan untuk  penumpang belakang termasuk port pengecasan USB-A dan USB-C. Melihat bahagian belakangnya, ia kelihatan cukup kemas dan tidak begitu sarat dengan rekaan lampu yang serabut.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.14.09.jpeg

Apa yang membuatkan saya tertarik di bahagian belakang ialah terdapat lampu belakang jenis penuh dan bercantum dengan kedua-dua lampu belakang manakala spoiler belakang disepadukan dengan begitu sempurna dengan lampu brek ketiga.

Penulis sekali lagi terpinga-pinga untuk membuka but belakangnya, ingatkan perlu mengayunkan kaki tetapi rupa-rupanya perlu menekan logo belakang untuk membuka butnya.

social_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-55.jpgsocial_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-44.jpg

Meengenai ruang butnya, ia seluas 450 liter namun boleh dibesarkan sehingga 1,238 liter.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.10.46.jpeg

Apapun, tahniah kepada team  Perodua yang telah menaik taraf kabinnya pada satu tahap yang luar biasa.

ADA POWER!

Sebaik pelancaran tadi, ramai yang tertanya-tanya mengenai platfrom Perodua QV-E ini, bagi yang tidak tahu,  ia merupakan platform yang dibangunkan oleh Perodua dan syarikat kejuruteraan automotif berasal dari Austria, Magna Steyr. 

Mengenai trenkuasanya,  Perodua QV-E disumbat dengan motor berkuasa 150kW dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan tork 285Nm.

social_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-73.jpg

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 165km/j.

Menyentuh mengenai jarak geraknya, Perodua QV-E  menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dan mempunyai kapasiti julat sehingga 445 kilometer (NEDC), namun bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

Malah, QV-E turut menyokong pengecasan AC 6.6 kW di mana bateri boleh dicas penuh 0-100 peratus hanya dalam masa 8 jam.

WhatsApp-Image-2025-12-01-at-20.18.20.jpeg

Jika menggunakan pengecasan pantas DC 60 kW, difahamkan baterinya boleh dicas sepantas 30 minit dari 30-80 peratus.

Dari segi ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti mana yang ada pada EV lain.

Perodua QV-E ini hadir dengan  Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) tahap dua dimana terdapat Amaran dan Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCW & AEB),Amaran Keluar Laluan (LDW), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) dan enam beg udara.

Ia juga hadir dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, boleh buat panggilan SOS, kamera pandangan sekeliling dan pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection).

Sistem ini akan mengingatkan pemandu sekiranya ada kanak-kanak ataupun binatang peliharaan yang tertinggal di dalam kereta kerana ia boleh mengesan pergerakan serta tanda vital (seperti bunyi nafas) di bahagian tempat duduk belakang.

Sistem itu juga boleh mengesan pergerakan walaupun dilitupi oleh selimut atau fabrik lain.

Bagi yang berminat, Perodua QV-E hanya hadir dengan dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey.

Apapun, penulis berpendapat, EV buatan Malaysia ini mampu melangkah jauh kerana ia bukan sahaja sebuah EV mampu milik namun dari segi rekaan dan kabinnya, ia pastinya bakal menarik lebih ramai pembeli EV pertama.

Dengan skim pajakan bateri yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia, ini mungkin satu langkah yang wajar dipuji kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan harga EV jatuh menjunam dengan begitu ketara.

Tahniah Perodua!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQC4327

SELANGOR

BSK5829

JOHOR

JYM2580

PULAU PINANG

PRW3342

PERAK

APD1146

PAHANG

CFE3542

KEDAH

KGD2986

NEGERI SEMBILAN

NEH7804

KOTA KINABALU

SJP1525

KUCHING

QAB6829M

Terakhir Kemas Kini 01 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.63

-0.02

RON 97

RM 3.26

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.08

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.28

-0.02

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2025

Berita Berkaitan

EV
Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
Kereta Baru
EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya EV pertama mereka, QV-E ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

01-12-2025
EV
EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perodua berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik pertama mereka di kilang Tan Chong Motor.

16-11-2025
Berita Auto
SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini

SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini

Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

11-11-2025
Global
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai  Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto
Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025
Gaya Hidup
Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go.

15-10-2025
Berita Auto
P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App

P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App

PERODUA melancarkan P-Circle yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi super bagi memperkukuh konsep 'Mobility as a Service' (MaaS).

14-10-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.