Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua QV-E Terima Penarafan 5 Bintang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perodua QV-E yang merupakan air tangan buatan Malaysia meraih penarafan  keselamatan 5 bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021 hingga 2025. 

Selepas menjalani penilaian empat kategori utama iaitu Perlindungan Dewasa, Perlindungan Kanak Kanak, Bantuan Keselamatan serta Keselamatan Penunggang Motosikal, Perodua QV-E dilihat mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 88.36 mata. 

Keputusan ini menunjukkan ia hadir dengan ciri keselamatan yang lebih canggih dan prestasinya agak cemerlang dalam ujian pelanggaran dan bantuan pemandu teras.

Berikut adalah carta:

image.png

Berdasarkan  Ujian Perlindungan Dewasa, QV-E merekodkan 29.31 mata daripada 32.00. Dalam ujian pelanggaran frontal, ia memperoleh 13.31 mata, dengan ASEAN NCAP menyatakan bahawa ruang kabin kekal stabil dan perlindungan untuk dada serta kaki  pemandu juga berada pada tahap memuaskan.

Bahagian dada penumpang pula menunjukkan perlindungan marginal, namun ujian di bahagian kaki dilihat agak memuaskan kerana tidak mendatangkan sebarang keretakan.

image.png

Bagi perlindungan hentaman di sisi pula ia mencatatkan  8 mata, disokong tingkah laku struktur yang stabil sepanjang ujian dijalankan.

Teknologi Perlindungan Kepala (Head Protection Technology) pula menyumbang 8 mata selepas pengesahan melalui ujian tambahan serta Sistem Penarafan Pemasangan (Fitment Rating System).

Perlindungan Kanak-Kanak pula  menyumbang 42.67 mata daripada maksimum 51 mata. Prestasi dinamik yang kukuh meraih 24 mata, manakala pemeriksaan pemasangan CRS pula sebanyak 8.67 mata. 

Teknologi Bantuan Keselamatan menyumbang sebanyak  21 mata, manakala AEB City dan AEB Inter-Urban pula menyumbang 6 mata.

Dalam kategori Keselamatan Penunggang Motosikal, QV-E mencatatkan 12 mata dan pengesan titik buta pula menyumbang 8 mata selepas memenuhi keperluan prestasi ASEAN NCAP .

Sementara itu,visualisasi belakang pula menerima 2 mata tambahan  manakala penilaian berkaitan pejalan kaki dan lampu hadapan menyumbang 2. mata lagi.

image.png

Nampaknya, penarafan 5 bintang ini turut mengukuhkan potensi QV-E sebagai  model eksport  dalam pasaran ASEAN, nanti.

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua QV-E
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026