Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Suhana Veru

Kongsi melalui


Caricarz-MBA-Perodua-Traz-Preview-WM-2.jpg


Sebelum melabuhkan tirai tahun 2025, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)  melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

WhatsApp-Image-2025-12-17-at-11.17.20.jpeg

Untuk makluman, Perodua Traz hadir dalam dua varian, X dan H dimana harganya ditawarkan  bermula daripada RM76,100 hingga RM82,000 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans).

Crossover segmen B ini yang  diposisikan di atas Ativa dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B). Perodua Traz ini dijana dengan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat-silinder NA yang mana  kedua-dua varian  mampu menghamburkan kuasa setakat 78 kw(105 hp) dan tork 138Nm. Enjinnya digandingkan dengan transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT).

Caricarz-MBA-Perodua-Traz-Preview-WM-18.jpg

Dari segi dimensi, Perodua Traz berukuran 4,310 mm (Panjang), 1,770 (Lebar), 1,655mm (Tinggi), manakala jarak roda pula 2,620mm, sekali gus  meletakkannya hampir dengan SUV segmen B+ dan menghampiri saiz beberapa SUV segmen C.

WhatsApp-Image-2025-12-16-at-23.08.29-(2)-(1).jpeg

Sementara itu, jarak kelegaan tanahnya pula 210 mm.

Menjengah bahagian luarannya, rupa SUV  seakan-akan sama dengan Toyota Yaris Cross  kerana lampu hadapannya jenis nipis manakala kemasan krom pula melengkung ke belakang berhampiran tiang C selain hadir dengan gril heksagon.

Bahagian kabinnya pula, ia menawarkan kemasan yang cukup minimalis, terdapat skrin multimedia bersaiz 9 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, TFT 4 2 inci serta ruang butnya seluas 471 liter.

WhatsApp-Image-2025-12-16-at-22.31.24-(1)-(1).jpegWhatsApp-Image-2025-12-16-at-22.36.49-(3).jpeg

Apa yang menarik tentang Traz ialah,  pintu belakangnya hadir dengan kick sensor, perehat tangan di bahagaian belakang terdapat dua pemegang cawan, ada Welcome Lampu, Brek Parkir Elektronik, port pengecas USB untuk penumpang belakang (Type C), ada perakam digital DVR, sistem penghawa dingin dan pandangan panaromik 360 darjah.

Dari segi keselamatan ia hadir dengan Sistem Bantuan Keselamatan A.S.A yang terdiri daripada   enam beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan dengan Bantuan Brek, Amaran Pra Pelanggaran, Brek Pra Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, sensor kamera depan,sensor selekoh, kamera undur, Amaran Trafik Lintasan Belakang dan banyak lagi.

WhatsApp-Image-2025-12-16-at-22.36.51-(1)-(1).jpeg

Kesemua varian ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Cranberry Red, Glittering Silver, Ivory White dan  Granite Grey namun varian H akan hadir dengan warna Electric Blue dan Glittering Silver dan  ditawarkan dengan dwi tona (bumbung hitam), manakala varian X hanya satu tona.

Ketibaan Perodua Traz dijangka akan bersaing secara langsung dengan dua nama besar dalam segmen SUV B di Malaysia seperti Honda HR-V dan Proton X50.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!



Tag:

Perodua
Perodua Traz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026