Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Spyshot_Proton-e.MAS-7-PHEV_2.jpg


Pengeluar kereta nasional, Proton, disahkan bersedia untuk memperluaskan rangkaian model e.MAS 7 dengan pengenalan varian baharu, hibrid plug-in (PHEV). Pengesahan ini datang daripada Ketua Pegawai Penjenamaan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sendiri, Salawati Yusoff.


"Kami akan mempamerkan teknologi trenkuasa PHEV untuk e.MAS 7 di acara Proton Tech Showcase 2025 yang akan berlangsung bulan ini," katanya dalam episod podcast Tekan Habis yang disiarkan minggu ini. Video yang dimaksudkan dikongsikan di bawah:



Walaupun Salawati tidak mendedahkan butiran yang terperinci, kenyataan beliau secara dasarnya adalah pengesahan rasmi mengenai perancangan Proton untuk membangunkan dan memperkenalkan varian PHEV bagi SUV segmen C elektrik yang kini 'terlajak laris' di Malaysia.


Bukti e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba Di Malaysia


web_CariCarz_Spyshot_Proton-e.MAS-7-PHEV_1.jpg


Sebelum pengumuman ini dibuat, prototaip e.MAS 7 PHEV yang dilitupi pelekat samaran telah dikesan sedang diuji di jalan raya tempatan. Ini kebiasaannya satu petanda bahawa model tersebut akan tiba tidak lama lagi.


Walaupun perkara ini belum diumumkan secara rasmi, kami yakin e.MAS 7 PHEV ini akan dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjong Malim. 


Spesifikasi Trenkuasa Yang Digunakan e.MAS 7 PHEV


Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-16.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-14.jpgGeely-Galaxy-Starship7-PHEV-21.jpg


e.MAS 7 PHEV dijangka berkongsi asas rekaan yang sama dengan model kembarnya yang sedia ada, iaitu Geely Galaxy Starship 7 PHEV. Kedua-dua Galaxy E5 (e.MAS 7) versi elektrik dan varian PHEV ini dibina di atas platform i Global Intelligent New Energy Architecture (GEA).


e.MAS 7 PHEV dijangka akan menggunakan pakej trenkuasa hibrid NordThor EM-I Petrol-Elektrik Geely, yang terdiri daripada enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural (111 PS dan 136 Nm) dan motor elektrik  11-dalam-1, digabungkan dengan Transmisi Hibrid Khusus (DHT), menghasilkan 238 PS dan 262 Nm. Gabungan kedua-dua sistem ini dijangka dapat menawarkan output kuasa keseluruhan mencecah 330 PS.


Jarak Perjalanan  e.MAS 7 PHEV Dengan Cas & Tangki Penuh


e.MAS 7 PHEV dijangka akan dipasangkan dengan pek bateri jenis LFP Aegis ‘Short Blade’ Geely, dengan kapasiti yang lebih kecil iaitu 19.09 kWj berbanding pada model EV. Bateri ini mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 130 km.


Dengan tangki petrol dan cas bateri yang penuh, jarak pemanduan gabungan (Petrol-Elektrik) model ini dianggarkan mencapai sehingga 1,420 km (kedua-duanya berdasarkan piawaian CLTC).



Proton Tech Showcase 2025


Gambaran yang lebih jelas tentang teknologi PHEV ini akan didedahkan di acara PRO-NET di Proton Tech Showcase 2025 yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 5 Disember, hingga Ahad, 7 Disember ini di Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam. 


Selain pendedahan mengenai teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV), pameran mini ini juga bakal memperlihatkan  teknologi lain daripada Proton yang termasuklah enjin 4 silinder generasi baharu ‘i-GT’ yang menjadi nadi kepada model X50 versi facelift dan Saga generasi keempat yang baru dilancarkan.


Enjin 'i-GT' ini juga hangat diperkatakan sebagai enjin yang akan menggerakkan sedan S70 yang akan datang. Prototaipnya yang diselubungi pelekat samaran turut dikesan baru-baru ini di jalan raya Malaysia. 

Juga Menarik: Auto Shanghai 2025: Kembar Proton eMas 7 Versi PHEV Ini Capai 1,420 KM

Geely-Galaxy-Starship7-PHEV-12.jpg

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7 phev
Salawati Yusoff
PHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS

Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi

13-08-2026
EV

Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.

28-07-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026