- Berita
- EV
- Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
.jpg)
PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad telah melaburkan lebih RM40 juta dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan, yang mana pelaburan tertumpu kepada pembangunan platform TSP bagi meningkatkan pengalaman mobiliti di Malaysia.

Proton e.MAS kini menjadi sebahagian daripada ekosistem kenderaan canggih terbesar negara yang menyokong lebih 300,000 kenderaan (termasuk model PROTON yang lain). Sebagai platform digital kenderaan pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, sistem ini telah merekodkan lebih 8 juta permintaan kawalan jarak jauh—satu bukti jelas bahawa pemandu Malaysia kini semakin mendakap gaya hidup digital.
Apa Yang Menarik Mengenai Ekosistem Proton e.MAS?
Jiwa Tempatan: Sokongan penuh Bahasa Melayu dan sistem navigasi tempatan secara langsung.
Ciri Patuh Syariah: Dilengkapi dengan penunjuk kompas kiblat dan integrasi aplikasi solat TheNoor.
Kokpit Malaysia asli: Menjadi satu-satunya syarikat yang mencapai rantaian bekalan tempatan 100% untuk peralatan kokpit, di mana perkakasan sistem infotainmennya dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.
Pelaburan Mega

Selain itu, kolaborasi erat bersama gergasi telekomunikasi dan fintech tempatan—seperti TM, Maxis, Celcom, Altel, TnG Digital, Maybank, Fasspay, SYOK, MYTV, dan ChargeSinitelah menjana nilai tahunan melebihi RM10 juta buat ekosistem telco tempatan.
Selamat Tinggal 'Range Anxiety': 90% Liputan Pengecasan Awam
Bagi menghapuskan kegusaran pemandu tentang kehabisan bateri, platform pengecasan Proton e.MAS telah diperkukuh menerusi pelaburan melebihi RM4 juta. Setakat ini, platform tersebut telah menguruskan:
11,000 pengguna aktif.
30,000 pesanan pengecasan.
Hampir 790,000 kWh jumlah tenaga yang disalurkan.
Menerusi Peta Pengecasan Langsung Bersepadu, pemilik kini mempunyai akses digital akses langsung ke lebih 4,300 titik pengecasan di seluruh negaramerangkumi 90% daripada keseluruhan rangkaian pengecasan awam di Malaysia. Pemandu kini boleh mencari lokasi, mendapatkan panduan arah, dan menguruskan pengecasan dengan hanya beberapa klik mudah.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

