Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, anak syarikat milik penuh Betamek Bhd, Betamek Electronics (M) Sdn Bhd (BESB), berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Betamek menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, BESB menerima surat pelantikan bertarikh 16 Disember 2025 daripada PERODUA, dengan kontrak enam tahun bermula pada tarikh yang sama.

"Tempoh jangka panjang kontrak ini meningkatkan keterlihatan perancangan pengeluaran, menyokong ekonomi bidangan dan mengukuhkan trajektori pendapatan Betamek ketika PERODUA meningkatkan pembangunan model baharu yang melibatkan elektronik yang lebih canggih dan sistem bersepadu," katanya.

Betamek berkata, kontrak yang baru diperoleh itu tepat pada masanya bagi syarikat itu di tengah-tengah usaha PERODUA mengembangkan pengeluaran serta memperkenalkan model baharu, yang dijangka memacu permintaan lebih tinggi untuk kandungan elektronik bernilai lebih tinggi.

image.png

"Betamek mendapat manfaat secara langsung daripada trajektori pengembangan ini, memperoleh volum yang lebih jelas, penggunaan operasi yang lebih meluas dan kedudukan yang lebih kukuh dalam rantaian bekalan PERODUA," katanya.

Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd Ghani, berkata kontrak itu mengukuhkan keterlihatan pengeluaran jangka panjang kumpulan tersebut dan menekankan peranannya sebagai rakan elektronik utama dalam ekosistem mobiliti Malaysia.

"Seiring dengan kemajuan teknologi kenderaan, terutamanya dalam ketersambungan dan elektrifikasi Betamek komited untuk menyediakan penyelesaian yang andal, boleh berkembang dan berkualiti tinggi yang sejajar dengan trajektori pertumbuhan PERODUA," katanya.

image.png

Pada masa depan, Betamek berkata ia akan terus menumpu untuk memperkukuh keupayaan teknologi, kecekapan operasi dan inovasi produknya bagi menyokong keperluan PERODUA yang sentiasa berubah.

"Pelantikan ini merupakan satu langkah yang bermakna dalam pelan pertumbuhan jangka panjang Betamek bagi mewujudkan nilai mampan untuk pelanggan, rakan industri dan pemegang saham," katanya.


*BERNAMA 



Gallery

Tag:

Perodua Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023
Berita Auto

Apa Hal Jualan Kereta Boleh Merosot

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan lepas.

19-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026