Link Copiedcheck_circle
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

Fasiliti yang berkeluasan 45,000 meter persegi ini disokong oleh pelaburan melebihi USD290 juta (RM1.2 bilion) dan dibangunkan dengan kepakaran keselamatan daripada anak syarikat Geely, Volvo. 

Lebih menarik, pusat ujian ini tidak hanya menumpukan kepada aspek perlindungan pelanggaran, sebaliknya  memperluaskan ujian keselamatan kepada  keselamatan siber, privasi data, keselamatan bateri dan rangkaian kuasa tenaga baharu, serta perlindungan kesihatan manusia.

image.png

Pusat ujian ini ditubuhkan untuk mengecapi matlamat sifar korban, sifar risiko kesihatan, sifar kerugian harta benda dan sifar kebocoran privasi.

Bagi mempamerkan keupayaannya, Geely telah mengadakan ujian pelanggaran dengan menggunakan dua kenderaan Lynk & Co 900 semasa majlis perasmian.

Pihak syarikat terbabit menegaskan keupayaan kemudahan ini dalam mengendalikan isu  keselamatan dunia yang sebenar.

Berdasarkan media tempatan China, fasiliti menempatkan pelbagai makmal khusus, bermula daripada simulasi pemanduan bantuan dan perlindungan pejalan kaki hinggalah kepada ujian rangkaian kenderaan dan keselamatan siber.

image.png

Pusat Keselamatan Geely ini sebenarnya telah mencipta lima Rekod Dunia Guinness, termasuk makmal keselamatan automotif terbesar, trek ujian pelanggaran dalaman terpanjang, terowong angin boleh laras altitud dan iklim terbesar untuk ujian kenderaan, serta zon ujian pelanggaran sudut bebas terbesar.

Geely menyatakan bahawa pusat ini tidak terhad kepada jenama mereka sahaja.

Sebaliknya, ia akan dibuka kepada industri automotif secara keseluruhan, dengan tujuan meningkatkan standard keselamatan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026