- Berita
- Global
- Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik

Nampaknya Porsche telah membatalkan rancangan untuk menjadikan generasi baharu 718 Cayman dan Boxster sepenuhnya elektrik, kerana kedua-dua model ini akan dijual dengan versi enjin pembakaran dalaman (ICE).
Menurut Autocar UK, sumber dalaman di pusat kejuruteraan Porsche di Weissach menyatakan bahawa versi ICE bagi generasi baharu 718 akan dibangunkan berdasarkan seni bina Premium Platform Electric (PPE) Sport yang sama seperti kembarnya yang berkuasa bateri elektrik.
Memandangkan PPE dibina khusus untuk EV, jurutera Porsche dikatakan perlu melakukan kejuruteraan "terbalik" untuk menyesuaikannya dengan susunan enjin tengah bagi 718 baharu.


Menerusi generasi baharu 718 yang hadir dalam versi ICE dan EV, Porsche mahu memastikan kecekapan pengeluaran yang maksimum. Ini kerana langkah itu dlihata akan menjadi salah satu perubahan paling radikal dalam sejarah trenkuasa pengeluar kereta itu.
Untuk itu, generasi baharu 718 akan mengikuti jejak langkah Macan baharu, yang sebelum ini dijadualkan untuk menjadi sepenuhnya elektrik sebelum Porsche menukar rancangan untuk menyertakan versi pembakaran dalaman.
Namun begitu, versi 718 berasaskan PPE Sport ini sedikit berbeza daripada versi 718 spesifikasi tertinggi. Autocar UK menyatakan bahawa 718 spesifikasi tertinggi dijangka hanya menjadi kesinambungan bagi 718 RS dan GT4 RS generasi semasa, di mana ia akan berada di atas versi 718 EV baharu.
Walaupun ia kedengaran mudah, namun ia adalah satu tugasan yang mencabar buat pihak kejuruteraan dimana , dengan pengeluar kereta itu menegaskan bahawa versi pembakaran dalaman mesti mencapai tahap prestasi dan dinamik yang setara dengan kembarnya.

Memandangkan platform menggunakan lantai rata dengan pek bateri sebagai sebahagian daripada anggota penahan tekanan, penyingkiran bateri untuk versi ICE akan melemahkan seluruh kerangka badan, terutamanya bagi versi bumbung terbuka.
Jadi jurutera Porsche akan menjadikan sebahagian lantai struktur baharu yang boleh dipasang pada titik keras manakala dinding belakang dan subframe juga akan direka semula untuk menyokong enjin dan transmisi.
Bercakap tentang enjin, Porsche sebelum ini mendapati bahawa enjin flat-six ‘Boxer’ 4.0-liter naturally-aspirated semasa mereka tidak akan mematuhi standard emisi Euro 7 yang ketat.

Namun begitu, pengeluar kereta itu belum memutuskan enjin mana yang akan digunakan pada 718 baharu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

