Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada 6 Rumah Pun Dapat STR, Ini Amaran Keras MoF

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF berkata, setiap permohonan STR melalui pelbagai proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan bagi menyemak kelayakan pemohon.

Menurut MoF, semakan berkala turut diadakan setiap suku tahunan untuk menyemak rekod pemilikan kediaman, pemilikan kenderaan, pemilikan perniagaan, serta rekod bekerja atau menetap di luar negara pemohon

"Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil. Kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial dakwaan seorang individu layak untuk menerima bantuan STR, meskipun hasil sewaan enam rumah miliknya menjadikan pendapatannya melebihi nilai ambang kelayakan.

Dalam pada itu, MoF dalam kenyataan sama memaklumkan peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion, menjadikannya jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Menurut MoF, peruntukan berjumlah besar itu susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif Kerajaan MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan.

SARA menyediakan bantuan asas berterusan kepada rakyat dengan 8 juta individu, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar layak menerimanya secara bulanan.

STR pula diberi sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih.

"Pendekatan bersepadu ini memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan, di samping memberikan ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan," menurut kenyataan itu.

MoF turut memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini, yang akan mula disalurkan pada Selasa depan.

Gallery

Tag:

STR
SARA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026