Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023 manakala, 12,930 unit pada tahun lalu.

Ini membuktikan Chery Malaysia yang telah membuat "comeback" ke Malaysia berjaya menawan hati orang Malaysia semula dengan pelbagai barisan model Chery.

Chery dilihat telah memperkenalkan  OMODA 5 pada 2023 dan kemudian diikuti dengan Omoda E5 pada Mac 2024. Difahamkan OMODA 5  aalah model paling laris dimana ia telah  mengukuhkan kedudukan Chery di pasaran automotif.

image.png


Selepas OMODA, Chery melancarkan Tiggo 7 Pro, Tiggo Cross Turbo, Tiggo Cross  Hybrid Electric Vehicle (HEV), sebelum Chery melangkah ke segmen plug-in hybrid (PHEV) dengan TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV.

image.pngimage.png

Susulan kejayaan itu, Chery memperkenalkan siri TIGGO untuk memenuhi pelbagai keperluan pemandu harian, dari keluarga muda hinggalah kepada mereka yang mencari kenderaan luas dan serba boleh untuk keselesaan.

Pada asalnya siri TIGGO dilancarkan dengan model ICE. Siri ini pantas berkembang dengan penambahan HEV dan PHEV dalam tahun yang sama (2025), dikuasakan oleh teknologi Super Hybrid (CSH) canggih Chery.

image.png

Hari ini, barisan TIGGO menawarkan enam model dinamik dan menjadi penyumbang utama kepada jualan kenderaan Chery Malaysia pada tahun 2025 selaras dengan peralihan pasaran ke arah kenderaan tenaga baharu.

Selain jualan, Chery  Group menutup tahun 2025 dengan jumlah jualan 2.806 juta kenderaan, peningkatan 7.8% tahun ke tahun, dan mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport automotif terkemuka China dengan 1.344 juta unit dihantar. 

Nampaknya, Chery Malaysia dilihat mampu mengukuhkan  kedudukannya sebaik fasiliti Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Selangor,  kelak siap pada separuh pertama tahun ini.

image.png

Fasiliti dengan pelaburan RM2.2bilion ini meliputi pembangunan seluas 200 ekar akan meningkatkan usaha lokalisasi, memperluas kapasiti pengeluaran dan mewujudkan peluang ekonomi.



Gallery

Tag:

Chery Omoda 5
Chery Malaysia
Chery Tiggo Cross Hybrid
Chery Tiggo Cross
HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery

Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.

04-04-2025
Global

Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x

Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition.

26-12-2024
Berita Auto

Chery Omoda 5 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – SUV Segmen B Paling Selamat?

Benarkah Chery Omoda 5 SUV segmen B paling selamat? Jom kita lihat skor yang berjaya dikumpulkan Omoda 5 berbanding SUV lain.

08-10-2024
Berita Auto

Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas

Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.

18-09-2024
Berita Auto

Thinaah Pilih Omoda 5, Chery Tawar Diskaun 30% Tapi Hanya Untuk

Atlet badminton negara, Thinaah Muralitharan menerima Chery Omoda 5 berwarna hitam yang ditempahnya baru-baru ini.

10-09-2024
Berita Auto

Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Omoda 5 mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

12-08-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024
Berita Auto

Omoda 5: Tinggal Lagi 25 Kereta Untuk Diperiksa

Sebanyak 575 unit kenderaan Chery Omoda 5 yang disyaki terlibat isu kegagalan gandar, sudah pun diperiksa.

29-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026