Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x

Sofea Najmi

Kongsi melalui

chery_tiggo_5x_104.jpeg


Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition, model ini tampil dengan reka bentuk yang lebih moden menyerupai pendekatan estetik Land Rover dengan tumpuan rekaan baharu pada sudut depan yang kini lebih menyerlah. 


Tiggo 5x High Energy Edition ditawarkan dalam tiga varian dengan harga bermula dari RMB69,900 (~RM43,000) hingga RMB83,900 (~RM52,000).


Baca: Chery Omoda 5 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – SUV Segmen B Paling Selamat?


Dimensi & Prestasi Kekal Sama


chery_tiggo_5x_977_02aa01bd08620656.jpgchery_tiggo_5x_669_038c034108620631.jpg


Dari segi ukuran, Tiggo 5x mengekalkan saiz yang sama seperti Omoda 5, iaitu panjang 4,400 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,588 mm dan jarak roda 2,630 mm. 


Untuk trenkuasa, ia masih menggunakan enjin 1.5T turbo petrol dengan kuasa 156 hp dan tork 230 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi CVT 9 kelajuan atau manual 6 kelajuan.


Rekaan Hadapan Lebih Ranggi 


Sudut hadapan Tiggo 5x kini lebih menarik dengan gril matriks baharu yang bersambungan dengan lampu LED DRL berbentuk ‘T’. Bahagian bampar turut direka semula yang membuatkannya kelihatan lebih ranggi. 


Dari tepi, Tiggo 5x mengekalkan garis badan dinamik dengan reka bentuk bumbung ala coupe yang aerodinamik. Model ini dipasangkan dengan rim aloi 17 inci bersama angkup brek berwarna merah. Rekaan belakangnya pula tidak berubah, dengan lampu belakang dan spiler sporty yang sama dengan Omoda 5. 

Kabin Yang Elegan & Moden


chery_tiggo_5x_169_0000000013750d05.jpgchery_tiggo_5x_1275.jpg


Ruang kabin Tiggo 5x kelihatan elegan dengan tema hitam yang diserikan oleh kemasan tekstur logam. Antara yang menarik di sini ialah skrin nebula bersaiz 20.5 inci dengan sistem kokpit pintar Lion 5.0, menyokong Android Auto dan Apple CarPlay

1000x0_1_autohomecar__ChxkPmdWjkyAQcejAE4vhh2TDSM850.jpg1000x0_1_autohomecar__ChxkPmdWjjiAWzM7AE07KpQMxeo229.jpg


Selain itu, ruang ini dilengkapi stereng balutan kulit pelbagai fungsi. Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara automatik kepada enam arah, sama seperti model sebelum ini.


Keselamatan & Keselesaan 


1000x0_1_autohomecar__ChxkPWdWjlSAKDr4ADLaYudHvO4050.jpg


Tiggo 5x dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan moden seperti:

  • Kamera panoramik 540° untuk pandangan lebih menyeluruh.
  • Brek parkir elektronik dengan fungsi Auto Hold.
  • Kawalan jelajah untuk pemanduan lebuh raya lebih santai.
  • Sistem pemantauan keletihan pemandu.

Dengan pelancaran Tiggo 5x High Energy Edition di China, adakah Chery turut untuk memperbaharui model Omoda 5 di pasaran Malaysia? Kalau ya, adakah ciri-ciri terbaru ini cukup menarik untuk pembeli di Malaysia?

Sumber: Autohome

Tag:

Chery Omoda
Chery Omoda 5
Tiggo
Chery Tiggo 5x
Chery China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan

Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan

Omoda | Jaecoo melabuhkan tirai September 2025 dengan mencatatkan pencapaian yang agak cemerlang, apabila berjaya menghantar sebanyak 32,840 kenderaan ke seluruh dunia, sekali gus menjadikannya bulan eksport paling kukuh setakat ini.

21-10-2025
Berita Auto
Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto
SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

02-08-2025
Berita Auto
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9,  Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025

Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.

29-04-2025
Gaya Hidup
OMODA, Universal Pictures Jalin Kerjasama Untuk Filem Wicked

OMODA, Universal Pictures Jalin Kerjasama Untuk Filem Wicked

Omoda menjalinkan kerjasama dengan Universal Pictures sempena pelancaran filem terbaharu berdasarkan muzikal pentas blockbuster, Wicked.

27-11-2024
Berita Auto
Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Chery Omoda 5 mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

12-08-2024
Berita Auto
Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa

Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.

17-05-2024
Berita Auto
Perkembangan Terkini:  Isu Gandar Omoda 5

Perkembangan Terkini: Isu Gandar Omoda 5

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sudah menghubungi kesemua 60 pemilik Omoda 5 yang berhadapan dengan isu gandar belakang (Axle).

13-05-2024

Berita Terkini

Global
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Global
Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global
Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global
Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025