Link Copiedcheck_circle
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TNB-RAIN.jpg


Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.


Menjawab kegelisahan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini tampil lebih proaktif untuk menjelaskan mekanisma keselamatan canggih yang melindungi pengguna, sekali gus menepis mitos bahaya EV dalam air.


Adakah Memandu EV Dalam Banjir Boleh Menyebabkan Renjatan?


TNB-Electron-Juru-(8).jpg


Menurut TNB, EV moden telah direkayasa dengan pelbagai lapisan perlindungan yang ‘kebal’ untuk memastikan risiko renjatan elektrik hampir sifar:

  • Bateri Kedap Udara: Pek bateri dilindungi dengan baik di dalam struktur khas yang tertutup rapi. 
  • Penebat Voltan Tinggi: Semua kabel kuasa tinggi mempunyai penebat khas bagi menghalang kebocoran arus.
  • Sistem "Auto Cut-Off": Bekalan kuasa akan terputus secara automatik serta-merta apabila sistem mengesan sebarang keadaan tidak normal atau litar pintas.

Bagaimana Pula Dengan Keselamatan Stesen Pengecas?


IMG_20251219_102923.jpg


Bukan sahaja kereta, malah infrastruktur pengecasan juga dibina dengan ciri keselamatan tinggi:

  • Kalis Air & Debu
  • Sensor Kelembapan: Kebanyakan pengecas dilengkapi penderia yang akan mematikan operasi jika dikesan tahap kelembapan melampau.
  • Sistem ‘Tendang Litar’ Automatik: Peranti keselamatan seperti suis pemutus litar automatik (auto-trip) memastikan litar terputus sebelum sebarang kejadian berbahaya berlaku. 
  • Pemantauan Sepanjang Masa: Kebanyakan lokasi pengecasan kini dilengkapi CCTV dan alat pengesan banjir bagi membolehkan intervensi awal dapat dilakukan.

Apakah Langkah Keselamatan Yang Diambil CPO Untuk Mengelakkan Isu Sekiranya Banjir?


Ketua Pegawai Teknologi DC Handal, Esa Fawsal Salleh, mengesahkan bahawa pengecas mereka mempunyai sistem kecemasan yang pintar.


"Pengecas kami dipasang dengan sensor banjir yang akan mematikan bekalan kuasa utama sebelum air sempat menenggelamkan peralatan. 


Selain itu, jika pintu akses pengecas dibuka secara paksa, komponen berkuasa tinggi akan terus bertukar ke mod sedia atau standy demi keselamatan," jelas beliau.


Juga Menarik: DC Handal Lancar Hab Pengecasan EV 1.2 MW Di Johor – Tiada Had Masa, Dari RM1.30 kWj


Adakah Grid Elektrik Negara Terancam Dalam Banjir?


Charge-Sini-Idle-Fee-30-Min-Caricarz-(3).jpg


TNB memberi jaminan bahawa risiko terhadap rangkaian grid elektrik adalah sangat rendah:

  • Sistem Rangkaian Pintar: Stesen pengecas dipantau melalui sistem rangkaian pintar yang membolehkan TNB mengesan gangguan dengan cepat.
  • Analisis Banjir: TNB menggunakan alat analisis data banjir untuk memantau kawasan berisiko tinggi secara langsung, membolehkan pemeriksaan proaktif dijalankan sebelum bencana melanda.

Pernahkah Berlaku Kes Renjatan Elektrik EV Di Malaysia?


Presiden Persatuan Kenderaan Pelepasan Zero (ZEVA), Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd Wahab, menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang laporan insiden renjatan elektrik membabitkan stesen pengecas EV semasa banjir.


Beliau menambah bahawa kebanyakan fasiliti pengecasan di Malaysia mematuhi piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST). Komponen kritikal biasanya dipasang pada kedudukan yang lebih tinggi bagi mengelakkan sentuhan terus dengan air, selain dilengkapi dengan mekanisme pemati sistem automatik sekiranya situasi abnormal dikesan. 

Tag:

Tenaga Nasional Berhad (TNB)
TNB
EV Malaysia
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

TNB, Perodua Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Ekosistem EV

TNB, Perodua meterai kerjasama dalam pelbagai penyelesaian berkaitan EV.

28-02-2025
Berita Auto

Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?

Tular di internet yang mendedahkan seorang pemilik Tesla sanggup mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

17-08-2024
EV

TNB Ganti 30% Kenderaan Operasi Kepada EV

TNB akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

28-02-2024
Berita Auto

Loji Fotovoltaik Solar Berkapasiti 1 Juta MWh Kini Beroperasi Di Serendah – Umpama Tanam 29 Juta Pokok

TC Sunergy Sdn. Bhd. (TCS) telah memulakan operasi loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor.

19-02-2024
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023
EV

Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB

TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.

28-02-2023
EV

TNB Electron Dibuka, Pemilik EV Boleh Cas Secara Percuma Sebab

Dua pengecas TNB Electron (DC) kini dibuka untuk tempoh ujian perintis di R&R Ayer Keroh (arah utara) dan R&R Paka (arah utara bermula hari ini.

20-01-2023
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023

Berita Terkini

EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026