Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2026-01-29-at-11.46.56.jpeg

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.

MPV premium tenaga baharu (PHEV) ini dijual pada harga RM269,800 namun harga itu tidak termasuk insurans.

Apa yang menarik, 1,000 pelanggan terawal yang menempah MPV ini akan menerima skrin infotainmen pada barisan tempat kedua.

image.png

GWM Malaysia turut menawarkan beberapa faedah untuk pemilikan standard pemilikan standard 5 tahun data perkhidmatan berhubung percuma, 5 tahun penyelenggaraan percuma, pengecas wallbox rumah percuma, Perlindungan jaminan, Jaminan kenderaan 6 tahun dengan perbatuan tanpa had Jaminan sistem hibrid selama 8 tahun atau 180,000 km, meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan.

image.png

Bagi yang berminat, WEY G9 hadir dalam warna Aurora White, Wisdom Grey dan Nebula Black manakala warna kemasan dalam kabin pula, black dan brown.

Untuk makluman anda, G9 disumbat dengan enjin 1.5 liter 4-silinder turbo petrol,  bersama dua motor elektrik serta sebuah pek bateri besar 44.2 kWh. Secara keseluruhan, model ini mampu memnghasilkan kuasa setakat 442 PS (436 hp) dan tork sehingga 642 Nm.

image.pngimage.png

Segala kuasa ini dikawal oleh transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 4-kelajuan bersama sistem all-wheel-drive (AWD) pintar. Selain itu, MPV ini menawarkan tiga mode pemanduan iaitu EV Mode, EV Priority Mode dan Smart Hybrid Mode.

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum (V-max) 200 km/j. Pendek kata, tidak ada siapa yang akan menggelarnya sebagai ‘lembap’. 

Menurut GWM, ia menawarkan jarak elektrik sehingga 170 km. Kehadiran sokongan pantas DC (DCFC) yang mampu mengisi semula dari 30% ke 80% hanya dalam masa 26 minit.

image.pngimage.png

Sementara itu, purata penggunaan bahan api pula serendah 1.2 liter/100 km dengan jarak perjalanan gabungan sehingga 1,000 km.

Menjengah bahagian kabinnya, ia cukup luas dan nyata berbaloi dibeli bagi mereka yang memounyai keluarga besar.

Dari segi dimensi, MPV ini berukuran  5,050 mm (panjang),  1,985 (lebar)mm|  1,900mm tinggi manakala jarak roda pula   3,085 mm.

image.pngimage.png

Seperti biasa, MPV ini juga tidak ketinggalan daripada menawarkan ciri-ciri premium seperti bahagian kerusinya dibaluti dengan  kulit Nappa ditawarkan bersama fungsi urutan 10 zon, ventilasi, dan kerusi graviti sifar untuk barisan kedua. Turut dilengkapi ialah peti sejuk pintar 12.5L dengan mod sejuk, panas dan fresh-keeping, sesuai untuk menyimpan pelbagai barangan.

image.png

Tidak ketinggalan, ia hadir dengan kluster digital bersaiz 12.3 inci, skrin infotainmen 15.6 inci, bumbung 17.6 inci, ada sambungan CarPlay dan Adroid Auto, 21 speaker 2,440W premium audio, lampu ambien dan sebenarnya banyak lagi.

image.png

Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia menerapkan ciri perlindungan dengan cukup baik sehinggakanciri itu  diperluaskan secara menyeluruh ke ketiga-tiga barisan tempat duduk.

Struktur badan kenderaan ini terdiri daripada lebih 83.01 peratus keluli berkekuatan tinggi, dengan tiang-tiang kritikal diperkukuhkan menggunakan bahan berkadar antara 1,500 hingga 2,000 MPa, serta struktur bumbung yang mampu menahan tekanan sehingga 12 tan.

image.png

Beg udara tirai sepanjang penuh meliputi semua barisan tempat duduk, manakala sistem bateri telah disahkan melalui 89 ujian keselamatan yang ketat.

Kenderaan ini juga dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahap 2 (ADAS), menawarkan lebih daripada 20 ciri keselamatan pintar yang direka untuk menyokong pemandu dan melindungi penumpang dalam situasi pemanduan harian.



Gallery

Tag:

GWM Wey G9
GWM Malaysia
GWM Wey G9 CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.

29-01-2026
Berita Auto

GWM Labuhkan Tirai 2025 Dengan Prestasi Cemerlang, Catat Pertumbuhan 177%

GWM Malaysia melabuhkan tirai 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 177% berbanding tahun sebelumnya.

15-01-2026
Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025
Global

GWM Wey G9 Dilancar Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Wey G9 sudah pun memasuki pasaran Thailand, baru-baru ini.

04-12-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026