Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

Ini kerana Lepas Malaysia menayangkan beberapa imej Lepas L4 berwarna merah jambu di halaman Facebooknya sekali gus memberi bayangan ia akan dilancarkan selewat-lewatnya suku pertama tahun ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai jenama Lepas. Jenama Lepas sebenarnya  merupakan  sub-jenama  milik Chery dan dikendalikan oleh Chery Corporate Malaysia. Lepas juga merupakan jenama utama Chery dan jenama mewah Omoda | Jaecoo/iCaur.

image.pngimage.png

Carz.com.my mengesahkan bahawa model ini  sudah pun berada di pasaran tempatan dan kini menjalani ujian serta proses kelulusan jenis kenderaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Ini menandakan, model ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

image.pngimage.png

Lepas L4 akan  bersaing rapat dengan B-SUV premium popular seperti Proton X50 2025 versi facelift, Honda HR-V 2025 yang diperbaharui, serta Toyota Corolla Cross.

Setelah menelitinya sebelum ini dalam bentuk konsep, kami boleh mengesahkan bahawa Lepas L4 memiliki saiz dan dimensi yang meletakkannya tepat dalam segmen B-SUV.

Dari segi dimensi, ia berukuran   4,400 mm panjang,  lebar 1,820 mm dan tinggi 1,635 mm.

Malangnya, bahagian kabinnya masih belum didedahkan setakat ini namun berdasarkan apa yang telah kita lihat pada model terdekatnya seperti seperti Chery Tiggo Cross dan Jaecoo J5 (yang juga dijangka dilancarkan tidak lama lagi), kami menjangkakan Lepas L4 bukan sahaja sebuah model mewah tetapu cukup sarat dengan pelbagai teknologi canggih yang setara dalam penawaran ‘pertengahan pasaran’ ini.

image.png

Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah mengenai trenkuasanya.

Di pasaran luar negara, Lepas L4 ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik bateri (BEV). Maklumat mengenai versi BEV masih terhad, selain laporan jarak pemanduan WLTP yang didakwa adalah sekitar 300 km dan 450 km.

Di China, versi ICE disumbat dengan enjin petrol turbo 1.0 liter dan 1.5 liter. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan. Malah, terdapat juga pilihan ketiga iaitu hibrid plug-in (PHEV) berkuasa elektrik yang menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter yang sama.

Buat masa ini, antara menjadi tanda tanya ialah mengenai harga! Untuk itu, apa pula pandangan anda? Agak-agak berapa harganya? 



Gallery

Tag:

Lepas
Lepas L4
Chery Lepas L4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lepas Bakal Masuk Malaysia, Model L6,L8 Bakal Dilancar

Beberapa model daripada jenama Lepas akan memasuki pasaran tempatan, tidak lama lagi.

20-11-2025
Global

Jenama 'Lepas' Sah Tembusi Pasaran Indonesia – SUV L8 Model Pertama

Subjenama baharu Chery, Lepas, kini membuat kemunculan antarabangsa pertamanya di Indonesia di pameran Gaikindo Indonesia International Motor Show (GIIAS) 2025.

25-07-2025
Global

Chery Perkenal Model Pertama Dari Jenama Baharu, Lepas L8 – Tiggo 8 Plus Jadi Inspirasi

Chery Group, pengeluar kenderaan eksport terbesar China, terus agresif memperluaskan empayar automotifnya dengan pelbagai subjenama baharu.

22-04-2025
Berita Auto

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

02-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026