- Berita
- EV
- Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM
.jpg)
Percaya atau tidak, Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.
Perjalananini turut menyerlahkan kecekapan penggunaan bahan api yang mengagumkan iaitu hanya 3.7L/100 km, sekali gus menegaskan kelebihan praktikal sistem hibrid plug-in untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Pencapaian ini dipamerkan menerusi perjalanan jarak jauh dari Pulau Pinang ke Johor sejauh 723 kilometer, diikuti dengan perjalanan pulang ke PROTON Center of Excellence sejauh 381.5 kilometer. ''
Pemanduan dunia sebenar ini memberikan rakyat Malaysia gambaran terhadap prestasi baharu Proton e.MAS 7 PHEV melangkaui ujian kejuruteraan.
.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, Proton e.MAS 7 PHEV diperkenalkan untuk membawa teknologi canggih lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Ia direka sebagai kereta mampu milik yang memenuhi keperluan harian, sama ada di bandar atau untuk perjalanan jauh di lebuh raya.
"Pencapaian ini membuktikan bahawa pengguna tidak lagi perlu risau dari segi kecekapan atau jarak pemanduan untuk menikmati teknologi tenaga baharu ini. Kami yakin Proton e.MAS 7 PHEV akan memikat hati rakyat Malaysia yang menghargai gabungan inovasi dan praktikaliti," katanya.
Keseluruhan perjalanan melebihi 1,100 kilometer ini turut disiarkan secara langsung selama 25 jam menerusi saluran media sosial rasmi Proton e.MAS, dengan penyertaan wakil dari PRO-NET, sekali gus memberikan penonton pengalaman secara langsung melihat keupayaan PHEV ini dalam pemanduan sebenar.
Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu dilengkapi dengan Teknologi Hibrid EM-i PROTON, yang dibangunkan untuk memberikan kecekapan tinggi dan prestasi lancar dalam keadaan pemanduan sebenar di Malaysia.

Dibina di atas platform GMA, sistem ini menggabungkan enjin khas hibrid, Transmisi Hibrid 11-dalam-1 (DHT) dan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) ke dalam satu rangkaian kuasa elektrik yang direka untuk perjalanan harian di bandar, percutian hujung minggu dan perjalanan jarak jauh.
Tranmisi Hibrid 11-dalam-1 berfungsi sebagai unit pemanduan utama, secara automatik mengawal penghantaran kuasa ke roda tanpa pertukaran gear konvensional.
Teknologi Hibrid EM-i mengutamakan pemanduan elektrik, membolehkan 80% pemanduan Proton e.MAS 7 PHEV dijana daripada sistem EV. Enjin petrol pula akan masuk secara automatik apabila memerlukan kuasa tambahan atau lebih kecekapan.
Pemandu boleh memilih daripada tiga mod pemanduan: Pure untuk pemanduan bandar sepenuhnya elektrik, Hybrid untuk mengimbangi penggunaan tenaga secara pintar mengikut keadaan, dan Power untuk prestasi lebih responsif bila perlu, menjamin pengalaman memandu yang lancar, yakin dan cekap di semua jenis jalan di Malaysia.

Sebagai SUV segmen C dwi-kuasa, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang sangat efisien. Dikuasakan oleh Teknologi Hibrid EM-i, ia mencatat penggunaan bahan api hanya 4.3L/100 km, setanding dengan kereta segmen A.

Dengan enjin bertindak terutamanya sebagai sistem sokongan, teknologi hibrid ini membolehkan jadual penyelenggaraan lebih panjang iaitu sekali setahun atau setiap 15,000 km, lebih lama berbanding kenderaan enjin petrol biasa. Ini juga menjadikan kos penyelenggaraan keseluruhan lebih rendah berbanding kereta petrol konvensional.
Tempah Sekarang dan Nikmati Keistimewaan Eksklusif kepada Pemilik Awal Tempahan untuk Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka. Pelanggan boleh mendaftar minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di semua bilik pameran Proton e.MAS yang sah di seluruh negara.
Untuk membuat tempahan, hanya perlu membayar yuran tempahan RM99* dan nikmati keistimewaan pemilik awal eksklusif, termasuk:
- Diskaun RM500 ke atas yuran tempahan**
- Tawaran ini sah untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 7 PHEV.
Layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS 7 PHEV.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


