Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.

Promosi yang akan ditawarkan sehingga 28 Februari ini sebenarnya berbeza daripada kempen yang menumpukan kepada satu model utama, sebaliknya kempen ini melibatkan semua model.

Pembeli boleh menikmati rebat antara RM2,888 hingga RM5,888, 5 tahun servis percuma atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi mereka yang merancang untuk memulakan tahun baharu dengan sebuah SUV, ini merupakan peluang tepat pada masanya untuk mengawal kos pemilikan awal.

image.png

Di kedudukan teratas dari segi nilai ialah JAECOO J7 PHEV, yang menerima Ang Pow rebat sehingga  RM18,888, 5 tahun/50,000 km servis percuma (yang mana terdahulu), serta tambahan jaminan lanjutan bateri selama 2 tahun, dengan jumlah nilai melebihi RM24,800.

Model-model lain dalam rangkaian JAECOO turut menerima rebat. JAECOO J7 AWD ditawarkan dengan Ang Pow RM5,888 dan 5 tahun/100,000 km servis percuma bernilai lebih RM11,800, manakala J7 2WD menerima rebat RM2,888 dengan manfaat servis yang sama, bernilai melebihi RM8,400.

image.png

JAECOO J8 yang lebih besar, tersedia dalam varian 2WD dan AWD, mengikut pendekatan yang sama dengan menawarkan nilai pemilikan keseluruhan melebihi RM8,800 hingga RM9,100, namun bergantung kepada varian.

image.png

Pembeli OMODA juga tidak ketinggalan. OMODA C9, yang diposisikan sebagai SUV lebih premium, ditawarkan dengan Ang Pow RM2,888 bagi varian 2WD dan RM3,888 bagi AWD. Kedua-duanya disertakan dengan 5 tahun/100,000 km servis percuma.

Secara praktikal, ini bersamaan dengan penjimatan melebihi RM8,600 untuk 2WD dan lebih RM10,000 untuk AWD dalam tempoh beberapa tahun pertama pemilikan.

Secara keseluruhan, kempen ini lebih menekankan pengurangan kos pemilikan dalam jangka masa panjang berbanding diskaun jangka pendek. Bagi pembeli yang sedang mencari SUV baharu sempena CNY ini, ia menawarkan gabungan ganjaran perayaan dan ketenangan minda untuk jangka panjang.

Kempen Jualan CNY OMODA & JAECOO Malaysia berlangsung dari 1 Januari hingga 28 Februari 2026. Maklumat lanjut boleh didapati di omodajaecoo.com.my  atau di bilik pameran sah di seluruh negara.


Gallery

Tag:

Jaecoo 8
Jaecoo Omoda C9
OMODA JAECOO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jenama Jaecoo Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia

Jaecoo Malaysia yakin bahawa jentera off-road, Jaecoo J7 dan Jaecoo J8 akan diterima baik oleh rakyat di negara ini.

18-03-2024
Kereta Baru

Pratonton: SUV Chery Jaecoo 7 & 8 - Tiba Di Pasaran M'sia Tahun Depan?

Chery, di bawah jenama baharunya, Jaecoo, telah memperkenalkan dua SUV terbaru, Jaecoo 7 dan Jaecoo 8.

24-10-2023
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Berita Auto

Omoda C9 CKD Sudah Mula Dihasilkan, Bakal Diserahkan Pada Jan 2025

Penyerahan Omoda C9 akan dibuat pada Januari 2025.

13-12-2024
Kereta Baru

Omoda C9 CKD Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Taklah Mahal Sangat

Jaecoo Malaysia melancarkan model terbaharunya, Omoda C9, dua hari lepas.

08-12-2024
Kereta Baru

Jom Pandu Uji SUV Premium Jaecoo Omoda C9 Di 1 Utama– Anggaran Dari RM185,000

Menjelang pelancarannya, Jaecoo Malaysia kini sedang mengadakan siri jelajah “C9 from Jaecoo” yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat dan pandu uji model ini.

01-11-2024
Kereta Baru

SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000

Jaecoo Malaysia telah mempertontonkan Omoda C9 yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada Disember 2024 nanti. Ini spesifikasi terperincinya...

24-09-2024
Berita Auto

PUSAT 3S OMODA | JAECOO Dibuka Di Selayang

OMODA | JAECOO Buka Pusat 3S Serba Moden di Selayang.

06-07-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto