Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025, mengatasi 816,747 unit yang diumumkan pada tahun 2024  disebabkan tiga modelnya berada di tangga teratas.

image.pngimage.png

Bagi tahun 2025, Perodua mengeluarkan 370,370 unit kenderaan, naik 0.6% daripada  368,100 kenderaan pada tahun 2024 manakala jualan pula meningkat sebanyak 0.5% kepada 359,904 unit berbanding 358,102 unit yang didaftarkan pada 2024.

image.png

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, berdasarkan jangkaan mereka, pegangan pasaran Perodua kini adalah sebanyak 43.9%.

Untuk itu, , jumlah pengeluaran sebanyak 370,370 unit dan pendaftaran (359,904 unit) yang dicatatkan menunjukkan kami telah berjaya mengatasi rekod yang dicapai pada tahun 2024.

"Untuk prestasi mengikut model, Perodua Bezza mengekalkan kedudukan teratas dengan 100,488 unit dijual pada 2025, tahun kedua model kenderaan itu mencatat jualan melebihi 100,000 unit. Ia diikuti oleh Perodua Axia dengan 84,291 unit dan Perodua Myvi sebanyak 72,724 unit.

image.png

“Ketiga-tiga model ini – Bezza, Axia dan Myvi – kekal sebagai tiga model tertinggi daripada aspek jualan di dalam negara ini dan kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus menyokong usaha kami untuk menawarkan nilai yang lebih baik terhadap produk-produk kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, untuk model QV-E dan Traz yang baru dilancarkan, impaknya terhadap jumlah jualan hanya akan diketahui pada tahun ini.

image.png

“Dengan adanya sokongan kuat daripada rakyat Malaysia, keseluruhan ekosistem automotif di negara ini akan mendapat manfaat yang besar menerusi pembelian komponen bernilai RM11 bilion daripada vendor tempatan dan dalam masa yang sama memperkasakan usahawan tempatan seperti pengedar bertauliah dan stokis Perodua,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan sebagai pembina negara dengan terus mengembangkan perniagaan di sini, terutama sekali dalam industri kenderaan elektrik serta tawaran digital lain.

“Kami juga akan terus mengukuhkan kerjasama yang telah dimeterai, dan dalam masa yang sama mencari kerjasama baharu yang boleh memberi manfaat kepada industri tempatan dan negara,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pembekal Perodua, Musa Zahidin Ahmad Zaidi berkata peningkatan dalam pengeluaran dan pembelian komponen alat ganti mempunyai impak yang mendalam terhadap ahlinya.

“Pembelian tambahan dan komitmen berterusan dari Perodua telah membolehkan kami untuk terus melabur untuk operasi kami di masa hadapan. Ini bermakna, kami boleh mengembangkan tenaga kerja, menambahbaik perniagaan dan untuk sesetengah ahli kami, mengembangkan perniagaan ke luar negara,” katanya.

Presiden Persatuan Pengedar Perodua,  Rabitah Shamsudin pula mengakui, Perodua telah memainkan peranan penting dalam membina rangkaian pengedaran yang kukuh dan dengan jumlah jualan yang terus meningkat.

"Jadi, kami dapat terus mengembangkan perniagaan walaupun berhadapan dengan persaingan daripada jenama-jenama baharu.”

“Bagi kami, Perodua mewakili jenama yang menjuarai operasi perniagaan tempatan dan berkongsi kejayaan industri dengan semua rakyat Malaysia  dan kami amat berterima kasih untuk itu,” katanya.


Gallery

Tag:

Perodua
Perodua Bezza
Perodua Myvi
Perodua Axia
Perodua QV-E EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026